Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, August 18, 2016

Cara menukar simpanan KWSP kepada Simpanan Shariah

Bermula 8 Ogos 2016 sehingga 23 Disember 2016, KWSP telah membuka pendaftaran kepada ahlinya untuk menukar akaun KWSP dari Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah. Simpanan Shariah ini akan dilancarkan pada 1 Januari 2017 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Peruntukan yang diberikan pada peringkat permulaan ini adalah sebanyak RM100 bilion dan tertakluk kepada "siapa cepat dia dapat".

Perbezaan Simpanan KWSP Konvensional Dengan Simpanan Shariah

Sila rujuk jadual perbezaan di bawah antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah:


CIRI-CIRI
SIMPANAN KONVENSIONAL
SIMPANAN SHARIAH
KEAHLIAN
Terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara
AKAD
Tidak tertakluk kepada sebarang akad
Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah
KADAR DIVIDEN
Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional(pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah).
Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum
PERAKUAN JAWATANKUASA PENASIHAT SHARIAH (JKPS)
Tidak tertakluk kepada perakuan JKPS
Diperakukan oleh JKPS
PERTUKARAN AKAUN
Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
Ahli tidak boleh untuk memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa

Perbezaan ketara di sini ialah kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan kepada portfolio pelaburan patuh shariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum sebanyak 2.5% seperti yang terdapat pada Simpanan Konvensional.

Perubahan KWSP ini adalah suatu perubahan yang sangat baik dan turut mendapat maklum balas positif dari pencarum bukan Islam sebagaimana diberitakan oleh Bernama. KLIK SINI UNTUK BACA

Sebarang maklumat lanjut mengenai pertukaran simpanan KWSP Konvensional kepada Simpanan Shariah, anda boleh rujuk di laman web KWSP sendiri-->www.kwsp.gov.my/shariah/


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno