Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, September 26, 2016

Mee Kicap, Mee Kari Daud Mat Jasak, Ipoh Perak

Sesekali berjalan ke Ipoh, susah juga untuk mencari tempat makan yang sedap rupa-rupanya. Tanya punya tanya, ada penduduk tempatan yang menyarankan Gerai Mee Daud Mat Jasak. Menurut beliau, itu adalah tempat makan yang sering dikunjungi penduduk Ipoh. Menurutnya menu yang best di Gerai Mee Daud Mat Jasak adalah mee kari dan mee kicapnya. Kebetulan pula Cik Lan memang mencari mee kicap yang katanya terkenal di Ipoh ni.

Sebaik sahaja kami tiba di lokasi yang dimaksudkan, ternyata memang ramai pengunjung yang singgah di gerai Mee Daud Mat Jasak.


tempat makan best di ipoh
Tempat duduknya agak terhad jika dibandingkan dengan orang yang datang. Jadi, sesetengah pembeli memilih untuk beratur dan bungkus makanan tersebut.

Lokasi Mee Daud Mat Jasak


Alamat:
No 1 & 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh Perak

Anda juga boleh menggunakan applikasi Waze dengan menaip "Mee Daud mat Jasak".



Gerainya terletak di tepi jalan dan agak sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan terutamanya pada waktu puncak seperti makan tengahari dan watu bekerja. Nak mencari parking pun suasah. Maklum lar hari Sabtu petang, kebanyakan pengunjung akan parking di tepi-tepi jalan utama untuk menikmati mee kari atau mee kicap di Gerai Mee Daud Mat Jasak ni..  Setibanya kami lebih kurang jam 5.45 petang, gerai sesak dan meja kebanyakannya telah penuh. Terpaksalah kami berdiri dan menunggu peluang meja kosong.

Menu Utama di Gerai Mee Daud Mat Jasak


Menu utama di sini ialah Mee Kari, Mee Kicap dan Yong Tau Foo. 

Ada juga disediakan mee goreng, bihun goreng dan kuey teow goreng. Kalu korang nak tau, di sini tiada menu berasaskan nasi di sini ye.

Pelbagai pilihan Yong Tau Foo


Pekerja sentiasa tidak menang tangan dan servis teramat lambat. Nak tak nak untuk mencuba mee kicap dan mee kari di sini kami bersabar aja dengan servis yang lambat ni. Bayangkan kami sampai pukul 5.45 petang, pukul 6.30 petang air pun masih belum tiba. Tanya dah dua tiga kali tanya, "Ok,ok" jawab pekerja ringkas.

Akhirnya pukul 6.45 petang barulah air dan tidak lama kemudian makanan pun sampai

P/s: Bukan kami sahaja yang menerima nasib sebegitu. Pengunjung lain juga sama. Sesekali mengerling jam di tangan, dua tiga kali menoleh ke arah pekerja yang tidak menang tangan. Tidak kurang juga yang telah masam mencuka.

Di suatu sudut bersebelahn meja kami, seorang budak kecil lingkungan usia 6 atau 7 tahun menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada pekerja tatkala makanan tiba,"Lambat sangat, orang dah lapar ni!". Pantas sahaja dia ditegur bapanya kerana bersikap tidak sopan. Haha. Budak kecil memang jujur...tak gitu...

tempat makan best di ipoh
~ Mee Kicap ~

tempat makan best di ipoh
~ Mee Kari ~

~ Yong Tau Fu ~

tempat makan best di ipoh

Agaknya apalah yang lambat sangat nak buat mee kari, mee kicap dan yong tau foo ni. Kuah kari dah siap masak, kicap pun dah ada. Ambil mee, tuang kuah kari, ambil mee, simbah kicap. Tu je.

Maaf nak cakap memang servis terlalu lambat dan rasa mee kari dan mee kicap yang diwarwarkan sedap tu sebenarnya biasa jer. Mee kicap ni hanya mee yang dicelur dengan air panas dan dicampur kicap, sedikit kuah kari dan sedikit perasa. Mee karinya pun biasa-biasa je rasnya. Semua ini bergantung kepada citarasa pembeli masing-masing. 

P/s: Saya jarang complaint makanan tak sedap, tapi kali ni memang saya complaint sebab kebanyakan blogger seperti saji.my, mengatakan sedap, padahal takde apa rasa yang spesial pun. Entahlah, tekak masing-masing. Tapi setahu saya, tekak saya bukanlah jenis terlalu cerewet. Haha.

Kalau korang nak rasa Mee Daud Mat Jasak boleh cuba dan nilai sendiri.
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno