Pastinya ramai ibu bapa yang risau apabila memikirkan semua pelajaran dan peperiksaan adalah dalam Bahasa Mandarin jika kita menghantar anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).Risau sahaja tidak dapat membantu anak jika kita sebagai ibu bapa yang tidak tahu apa-apa basic Mandarin ini tidak mengambil inisiatif awal yang mencukupi untuk membantu mereka.
Saya ingin juga melihat tahap kesukaran pelajaran murid-murid di SJKC maka saya melakukan carian menggunakan Mr Google tentang "past year examination paper for SJKC" dan akhirnya membawa saya ke blog seorang Chinese parent yang tidak pandai membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Mandarin tentang pengalaman beliau membantu anak-anaknya di SJKC.
Saya merasakan bahawa maklumat di blog mumsgather.blogspot.my sangat berguna dan membantu maka saya terpanggil untuk berkongsi kepada ibu bapa Melayu yang mempunyai anak bersekolah di SJKC dan sedang mencari soalan contoh peperiksaan SJKC.
Antara website atau forum yang boleh dilayari untuk mendapatkan contoh soalan exam SJKC ini ialah:
1) Website sekolah SJKC Pei Hwa Taman Perling. Website ini mengumpulkan soalan-soalan peperiksaan SJKC dari tahun 2010 hingga tahun 2015 bagi setiap matapelajaran. Klik SINI untuk ke website SJKC Pei Hwa.
2) Forum SJKC Lick Hung yang dikendalikan oleh SJKC Lick Hung Parents Resource Libraray. Klik SINI untuk ke Forum Contoh Soalan Exam SJKC Lick Hung
3) Slideshare. Anda pergi ke Slideshare dan taip soalan exam yang dikehendaki. Contoh: Year 3 SJKC BM. Perkongsian di slideshare kadangkala di upload oleh para guru. Klik SINI untuk contoh soalan BI SJKC yang dikongsikan di Slideshare
4) Forum Exam Paper Share. Anda akan menemui contoh soalan peperiksaan SJKC dari Link INI-->Year 1 to Year 5 Exam Paper
5) Penerbit buku keluaran PEP. Penerbit ini memeberikan buku latihan Darjah 1-3 secara percuma dan boleh di muat turun. Klik SINI untuk soalan exam dari Penerbit PEP
6)Facebook Group "Bank Soalan Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1-6" dan Group "Bank Soalan KKSR Semua Subjek"
Semoga perkongsian ini turut bermanfaat untuk anda yang mempunyai anak bersekolah di SJKC