Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, October 18, 2016

Asam Pedas Man Cathay, Batu Pahat Johor

Negeri Johor sememangnya terkenal dengan masakan asam pedasnya. Antara daerah yang terkenal dengan masakan asam pedas ialah Muar dan Batu Pahat. Entri sebelum ini adalah asam pedas di Tanjung Agas, Muar. Manakal entri ini berkaitan salah satu kedai makan asam pedas di Batu Pahat yang boleh anda cuba iaitu Asam Pedas Man Cathay. Nak senang ke lokasi, hanya guna aplikasi waze aje.

Lokasi:

Asam Pedas Man Cathay
Jalan Hamidon,
83000 Batu Pahat,
Johor.


Terletak di Jalan Hamidon. Gerai ini sesak pada waktu tengahari

Pelan lokasi Man Cathay Asam Pedas


Di Batu Pahat banyak kedai-kedai makan yang menjual asam pedas pada waktu tegahhari dengan pelbagai rasa yang tersendiri. Terdapat juga Asam Pedas Yana dan Asam Pedas Ibu (Antara asam pedas terkenal di Batu Pahat). Tapi anda perlu tiba awal di gerai-gerai ni sebab akanpenuh sesak ketika waktu makan tengah hari. Kadang-kadang terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran demi semangkuk asam pedas.

Asam Pedas Man Cathay terletak di celah-celah deretan kedai makan yang lain.

Selain Asam Pedas Man Cathay, ada juga Asam Pedas Tambak dan Asam Pedas 2000.

 ~ Telur Dadar @ Telur Goreng ~


Cik Lan memang suka makan asam pedas bersama telur dadar @ telur goreng. Menurut Cik Lan jika makan asam pedas tanpa telur goreng adalah satu kekurangan besar dalam menikmati asam pedas. 

Tetapi apa yang saya perhatikan, kebanyakan gerai asam pedas di Johor terutamanya di Muar dan Batu Pahat menyediakan hidangan telur dadar. Malah rata-rata peminat asam pedas akan memesan telur dadar ini bersama set asam pedas. 

 ~ Asam Pedas Ikan Pari dan Ikan Merah ~


Dari segi rasa pula, asam pedas Man Cathay mempunyai sedikit rempah ratus atau herba, sedikit manis dan masam, mungkin mengandungi sedikit halba. Lain orang lain cita rasanya. Ada yang suka asam pedas daun kesum, asam pedas serai, asam pedas berhalba, asam pedas daun limau purut dan lain-lain.

~ Kuah Asam Pedas ~

 Sekian sahaja, entri pendek dari kami tentang asam pedas di Batu Pahat.

Selamat Menjamu Selera!

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno