Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, October 26, 2016

Aktiviti di Bukit Fraser| Day Trip To Fraser Hill

Kali terakhir kami ke Bukit Fraser ialah pada bulan Ogos tahun 2015 (Klik Sini-->Bukit Fraser)

Dua minggu lepas sekali lagi kami berkesempatan ke sini walaupun sebenarnya tiada dalam perancangan. Niat asalnya nak bawa mak dan abah merasa Ais Krim Bentong, tapi disebabkan kedai ais krim tersebut masih tutup waktu itu dan kami tidak mahu membuang masa, maka rancangan kami terpaksa bertukar ke Bukit Fraser memandangkan Damia teringin sangat untuk menunggang kuda dan kebetulan pula mak dan abah sudah bertahun-tahun lamanya tidak ke sini.

Aktiviti 1: Menunggang Kuda di The Paddock


Melayan keinginan Si Kecik ni..Posing memang No 1

Kami sampai agak awal ketika itu, kira-kira jam 1.00 petang. The Paddock pula buka pada jam 2.00 petang, maka menunggu sambil bergambar dan makan jagung.

Akhirnya dapat juga Damia naik kuda. Tidak ramai pengunjung ketika ini, maka tidak perlu kami beratur lama menunggu giliran

Seronok betul Damia dapat naik kuda

Perbezaan Damia menunggang kuda tahun 2011 dan 2016. Tahun 2011 kami pernah ke sini dan pada waktu tersebut Damia baru sahaja berusia 3 bulan. Damia duduk dalam "kantung kangaroo" tu..
Tahun 2011 Bukit Fraser sangat sejuk. Lihat sahaja gambar Damia sewaktu bayi, pemandangan belakang berkabus. Baru-baru ini kami pergi tidak begitu. Panas dan sedikit angin dingin sekali sekala sahaja.

Aktiviti 2: Bermain Mini Golf

Seperti biasa kalau ke Bukit Fraser, Damia akan minta untuk main golf. Ada lebih kurang 9 track kesukaran kalau tak silap. Baru track pertama bola golf tak masuk lubang dah stress dia. Susahlah itulah inilah, ada je yang dia tak puas hati. Haha

 Aktiviti 3: Bermain Sampan Kayuh di Allen 's Water Bukit Fraser


Aktiviti ini kami tak pernah cuba lagi dan abah beriya-iya nak bawa Damia berkayuh

Mula-mula tu cuak juga muka Damia. Macam patung je kat sebelah Atuk

Lama sikit barulah dia berani pusing badan sikit, tengok ikan

 Aktiviti 4: Minum Petang (Tea-Time) di Ye Old Smoke House Bukit Fraser


Cik Lan memang suka minum petang di Smoke House ni. Setiap kali lawatan kami ke Bukit Fraser, dia mesti akan singgah minum petang atau makan di sini.

Kali ni minum petang dengan atuk dan nenek

Macam biasa la menu minum petang kami di sini, satu teko teh dan pelbagai jenis kek dan scone

Ada kek oren, coklat, pisang dan pie. Scone pula diletakkan jem straberi dan cream

Sesi bergambar sebelum turun dan pulang ke Shah Alam.

Sekian sahaja kisah trip ringkas kami ke Bukit Fraser. Walaupun pendek, tetapi tetap seronok. Lama-lama kat sini pun nak buat apa, tiada aktiviti sangat. Sebelah malam lagilah mati kutu, sunyi sepi kerana semua premis rekreasi telah tutup. Bolehlah, menikmati ketenangan sekali sekala. Haha. Tapi kalau nak cari idea tulis buku, tempat macam ni memang tersangatlah sesuai.

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno