Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, November 15, 2016

Hotel Best dan Menarik di Melaka|Swiss Garden Hotel Melaka

Percutian singkat ke Melaka kali ini, tidak banyak aktiviti yang dilakukan. Almaklumlah, cuma 2 hari 1 malam sahaja. Tujuan kami ke Melaka adalah untuk menghantar sepupu Cik Lan bertunang. Kami ke Melaka awal sehari dari majlis tersebut. Kali ini, kami memilih untuk menginap
di Swiss Garden Hotel & Residence Melaka yang terletak di:

Swiss Garden Hotel & Residence Melaka,
http://www.swissgarden.com/hotels/sghrm/

Setibanya di Bandaraya Melaka jam 2.15petang, kami terus ke hotel untuk check-in. Proses check-in yang mudah kerana Cik Lan dah siap tempah dan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan Agoda (agoda.com.my).

Hotel Best di Melaka|Swiss Garden Hotel Melaka

Selesai urusan check-in kami terus ke bilik di aras 18 untuk berehat. 15 minit selepas kami masuk ke dalam bilik hotel, pintu bilik kami diketuk oleh seseorang. Sambil memandang sesama sendiri kerana kami tiada memesan apa-apa, Cik Lan membuka pintu dan dikejutkan oleh sejambak bunga ros segar yang dihantar oleh dua orang pekerja hotel.

Rupa-rupanya bunga tersebut dihantar kepada kami sebagai tanda penghargaan kepada penghuni hotel.

 Set jambangan bunga ros segar

Bunga ros segar yang menjadi perhiasan sementara dalam bilik...dan dibawa pulang bersama...hehehe

Damia dan bunga ros segar


Suasana Bilik di Swiss Garden Hotel Melaka


Kami memilih bilik jenis Executive Suite berbentuk studio apartment yang mempunyai ruang tamu yang agak luas dan selesa serta satu bilik tidur. Malah bilik ini juga dilengkapi dengan set sofa, meja makan, kabinet dapur kering, 2 bilik mandi, 2 set televisyen dan balkoni yang luas.

Bahagian ruang tamu

Hotel Best di Melaka|Swiss Garden Hotel Melaka
Di bahagian tengah yang mejadi penghubung antara ruang tamu dan bilik tidur diletakkan 
wardrobe dan ruang tandas utama.

Dari ruang balkoni bilik kami di Tingkat 18, kami disajikan dengan pemandangan Bandaraya Melaka yang begitu cantik, tersusun dan bersih sekali. 

Bilik kami juga menghadap Sungai Melaka dan sesekali kelihatan bot membawa pengunjung mengelilingi Sungai Melaka (Melaka River Cruise). Dari bilik kami juga kelihatan Kampung Morten yang terletak di tepi Sungai Melaka yang tersusun rapi. Dari atas, Kampung Morten kelihatan jelas melalui bumbung rumahnya yang bewarna merah.

 Kampung Morten dan Sungai Melaka

 
Sekitar luar bilik

  "Aktiviti Mandi Kolam"

Antara kemudahan yang disediakan di Swiss Garden Hotel ialah kolam mandi kanak-kanak beserta permainan air, kolam dewasa,gimnasium dan spa. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web:



Seperti biasa, Damia pasti mengajak ke kolam renang.

Kolam mandi kanak-kanak yang dilengkapi dengan pelbagai jenis pancutan air, gelongsor dan pistol air

"Sky Garden Lounge, Swiss Garden Hotel Melaka"


Setelah selesai mandi kolam, di sebelah lewat petang pula Cik Lan mengajak kami minum petang sambil menikmati udara segar (baru lepas hujan) di Sky Garden Lounge yang merupakan kafe di Tingkat 31.

Di sini, kami hanya duduk santai sambil minum petang menikmati angin sepoi-sepoi dan matahari terbenam. Suasana di sky garden ini agak romantik lebih-lebih lagi pada sebelah malam kerana dihiasi lampu bewarna - warni.

Pemandangan dari Tingkat 31 yang sangat cantik

Bersama air jus masing-masing

Hotel Best di Melaka|Swiss Garden Hotel Melaka
Mango Juice, Apple Juice, Lemon Juice dan Mixed Fruit....slurrppp

Juga sepotong kek coklat

Hotel Best di Melaka|Swiss Garden Hotel MelakaSambil minum sambil bergambar

Damia sorang habiskan kek. memang penggemar kek coklat tegar budak ni. Kek lain semua dia tak makan.


Suasana malam dengan lampu warna-warni. Pemandangan yang benar-benar sangat cantik. Amat mempersonakan diiringi alunan muzik jazz..

Selepas minum petang di Sky Garden, Swiss Garden Hotel Melaka, kami bertemu Cik An iaitu bapa saudara Cik Lan. Beliau bakal menunjukkan kami Kedai Makan Nasi Gunting yang sedap di Melaka.

Ikuti perkongsian kisah kami dalam entri seterusnya mengenai Nasi Gunting-->Baca DISINI
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno