Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, December 21, 2016

Nictar Pineapple House, Pontian Johor

Buah nanas dan Daerah Pontian di Johor sememangnya sangat sinonim. Lebih lebih lagi ketika belajar subjek geografi dulukan..Di daerah inilah tanaman nanas secara besar-besaran dapat ditemui untuk di semenanjung Malaysia. Malah di Pekan Nanas yang terletak di Daerah Pontian ini terdapat satu kilang pemperosesan nenas dan Puasat Teknologi Tanaman Nanas di bawah seliaan Lembaga Nanas Malaysia.

Sekiranya anda melalui daerah ini terutamanya di Parit Sikom, terdapat satu kawasan yang luas untuk tanaman nanas sahaja. Malah ada juga tanaman nenas yang diusahakan secara persendirian di tanah kosong bersebelahan rumah sahaja. Mungkin keadaan tanah gambut di sini sesuai untuk penanaman dan pertumbuhan nenas dengan mudahnya.

Baru-baru ini, sekali lagi kami berkesempatan ke Pontian untuk melawat ladang tanaman nenas. Hajat di hati ingin melawat kilang pembuatan kerepek nenas yang terletak di Pekan Nanas dibawah seliaan Lembaga Nanas Malaysia, namun hari itu kilang tidak beroperasi memandangkan bahan mentah iaitu buah nanas sudah kehabisan stok. Pada waktu lawatan tersebut kami dimaklumkan oleh pekerja di situ dimana kebanyakkan pekerja berada di ladang untuk mendapatkan buah nanas.

Nictar Pineapple House, Pontian: Ladang Nenas dan Menjual Produk Berasaskan Nenas


Lokasi:

Nictar Pineapple House
PTD 2103, Jalan Parit Sikom,
82010 Pontian, Johor.




Ketika pulang daripada kilang pembuatan kerepek nanas, kami secara tidak sengaja terjumpa Nictar Pineapple House, Pontian iaitu sebuah ladang nanas dan pusat jualan produk berasaskan nanas yang diusahakan secara sendiri. Kami singgah sebentar di Nictar Pineapple House, Pontian untuk melihat sendiri ladang nanas.


Kami dibenarkan untuk masuk ke kawasan ladang nanas dan peluang ini digunakan sebaik-baiknya untuk mengambil gambar dan lebih-lebih lagi untuk Damia mengenali pokok nanas dengan lebih dekat lagi...sepanjang kelaluan tanaman nanas itu, Damia akan menjerit "ouch..ouch..baik-baik daun nanas ni tajam mama"...

                      
Buah nenas yang baru sahaja bertunas

tempat menarik di pontian johor
Sesekali Damia menjerit kerana tercucuk daun nenas yang tajam. Cik Lan dan Lin turut merasa penangan duri nanas tu..


Sekali sekala masuk ladang tanaman seronok juga. Lama dah tak masuk ladang!...apapun ia adalah satu proses pembelajaran untuk Damia mengenali pkok nanas dan buah nanas dengan lebih dekat lagi.

Selepas sesi lawatan ladang nanas, kami singgah di pondok gerai menjual hasil produk berasaskan buah nanas. Disini terdapat produk seperti jus nanas, jem nanas, kerepek nanas, madu kelulut dan madu lebah.

Ini pula ialah produk berasaskan nenas keluaran Nictar Pineapple House, Pontian

Ada sos nenas, jem nenas, kerepek nenas, jus nenas dan banyak lagi produk berasaskan nenas

Jus nenas yang dijual dengan harga RM 5.60 sebotol

Semua orang syok je minum jus nenas. Saya tak berani minum takut-takut ada kesan tak baik untuk kandungan. Walaupun sebenarnya teringin sangat nak minum, tahankan jelah..


Nictar Pineapple House, Pontian turut menternak lebah dan kelulut. Jadi, anda juga boleh mendapatkan madu lebah asli dan madu kelulut di sini. Ianya dijual dengan harga yang berbeza mengikut saiz botol.


Ini merupakan kali kedua kami makan kerepek nenas, tetapi bagi Lin ianya merupakan pengalaman pertamanya. Kali pertama kami makan kerepek nenas DI SINI-klik untuk baca


Membawa anak-anak ke tempat-tempat sebegini pada musim cuti sekolah pada saya amat banyak manfaatnya. Bercuti sambil belajar, sekurang-kurangnya ada juga perkara baru yang mereka kenali dan pelajari.

Pengalaman yang sangat bermanfaat bukan sahaja untuk anak-anak malah untuk melapangkan fikiran dan pemandangan bagi kami yang dewasa ini juga. Terasa tenang tatkala melihat kehijauan alam semulajadi di ladang nenas Nictar Pineapple House, Pontian Johor. 
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno