Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, December 23, 2016

Persembahan dan Penyampaian Hadiah Akhir Tahun Tadika Taman Rashna Klang

Setelah berminggu-minggu Damia berlatih tarian Xiao Mu Ma akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba juga. Persembahan tersebut diadakan bagi meraikan Majlis Graduasi Murid 6 Tahun di Tadika Taman Rashna, sebuah tadika cina.

 Damia dan Nurul menunggu giliran melakukan persembahan

 Damia dan Cha Cha

 Murid-murid 6 tahun yang diraikan. Murid perempuan memakai baju kurung

 Inilah dia persembahan Xiao Mu Ma yang bermaksud Kuda Kayu Kecil

 Seronok menari aerobik ye Mia..

 Pelbagai persembahan lain turut dilakukan oleh murid 3, 4, 5, dan 6 tahun

 Murid Tahun 4, 5 dan 6 yang menghadiri tuisyen di Pusat Jagaan Rashna turut melakukan persembahan. Mereka menyanyi, menari, berlawak dan melakukan sketsa

Persembahan kedua dari murid 4 tahun

 Antara ibu bapa yang hadir

Di atas pentas, saya lihat banyak trofi hadiah lalu saya bertanyakan Damia,

 "Mia, hadiah banyak-banyak kat atas tu, Mia takde dapat satu pun ke?"

"Takde la ma, tu semua untuk 6 tahun je"

Saya pun ok je lah, sebab Damia baru sekolah tadika. Tak nampak lagi kebolehan sebenar anak-anak.

 Apabila sampai sesi penyampaian hadiah, tiba-tiba nama Damia dipanggil untuk menerima hadiah terbaik di dalam kelas (No 1 di dalam kelas).

Saya memang duduk belakang sekali sebab tak expect pun Damia akan dapat apa-apa hadiah. Jadi, gambar-gambar yang saya ambil semuanya kabur sebab zoom je. Tak sempat nak ke hadapan pentas.

Kemudian, kali kedua nama Damia dipanggil, ketiga, keempat dan kelima kalinya. Ya, malam tu Damia dapat 5 hadiah sebenarnya. Dia sendiri terpinga-pinga dapat hadiah kat atas pentas tu.

 Keadaan Damia pegang trofi atas pentas, dah tak cukup tangan nak pegang

 Tiba-tiba saya dikejutkan dengan suara cikgu Damia yang entah dari mana tiba-tiba muncul di sebelah tempat duduk saya.

"Puan, ni semua Damia punya, dia kat atas pentas dah tak boleh nak pegang"

Inilah hasil persembahan Damia dan trofi kemenangan yang dia dapat. Nak tahu dia dapat anugerah apa?

1) Best Academy Performance (First)
2) Best Reader Pelangi Series
3) Best Reader Ladybird Series
4) Singing Contest (First)
5) Art & Coloring Contest (First)

Alhamdulillah, semoga tahun-tahun selepas ini akan menjadi lebih hebat lagi buat Damia..Sayang Mia!
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno