Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, July 7, 2017

Kesejukan Di Genting Highlands

Post ni dah lama nak tulis tapi tak tulis-tulis. Apalah rajin sangat Si Nisa ni. Haha

Actually kitaorang pergi Genting ni masa saya pregnant 8 bulan. Waktu tu suhu di Genting Highlands serendah 13 darjah celcius. Apalagi, ambil lah kesempatan merasai suhu ala-ala musim sejuk.

                                                Batu Berayun, Genting Highlands

Waktu ni saya duduk bawah je. Dah sarat sangat kot waktu tu gigih nak mendaki. Memang terasa berat perut waktu tu.

Macam real je Wan angkat batu. Budget badang ke? Haha

Iwan n Lin-- Happy couple always

Sejuknya waktu ni. Kitaorang pergi tak ada perancangan sebenarnya. So, memang tak ada sweater la

Kabus tebal

Masing-masing sibuk peluk tubuh

Sejuk-sejuk pun gambar memang wajib kena ambil

Masuk dalam pula Damia sibuk nak main keretapi. Maka terpaksalah atuk layan. 
Mama nak teman Damia tak boleh sebab dah sarat sangat waktu tu.

Sebelum balik, minum kat Starbuck dulu

Makan kek dan minum kopi

Couple ni tak payah cakap la, dah berpeluk-peluk kesejukan. Haha

Suhu dicatatkan waktu tu ialah 13 darjah celcius

Bergambar lagi walaupun dah menggigil

Wednesday, July 5, 2017

Damia dan OSA Syndrome Test

Lama tak update cerita tentang Damia. Dia sekarang dah 6 tahun. Sekejap je dah besar anak mama. Last year atau awal tahun ni (tak berapa ingat), Damia mengadu telinga dia ada bunyi berdengung macam orang telinga masuk air.

Lepas check doktor pakar, dia kata ada cecair dalam satu bahagian telinga Damia. Kalau normal, bahagian tu sepatutnya kering, tak ada air. Doktor bagi ubat sembur hidung dan ubat selsema (ambil bila perlu, 5 mL je) untuk keringkan cecair/air tu.

Lepas ambil ubat dan doktor check semula, cecair tu still ada. So, doktor suggest operation untuk buang cecair tu. Insya Allah operation bulan Ogos, dan sebelum tu Damia kena buat Obstructive Sleep Apnea (OSA) Test.

OSA Test dibuat di hospital. Malam tu kena tidur wad dari pukul 10 malam sampai 6 pagi

Wayar dipasang di beberapa point di bahagian kepala, lutut dan kaki

**Damia takut mula-mula tapi lepas Mama pujuk n temankan dia, dia ok je. Siap excited nak tidur hospital macam nak tidur hotel.

Beberapa parameter perlu diambil untuk OSA Test dan dikendalikan oleh technician. Sepanjang malam technician monitor Damia melalui kamera yang dipasang di bahagian atas katil.

Waktu technician pasang alat ni, saya dah remind dia- Damia tidur lasak dan dia jarang tidur dalam posisi telentang, selalunya dia akan meniarap. So, saya takut wayar tu tercabut dan akan ganggu reading test. 

Esoknya Damia bagitau memang dia tidur meniarap, lepas tu Uncle betulkan Mia punya wayar. Mama dah agak dah. Haha

---->Sementara tunggu Ogos, doktor bagi lagi ubat sembur hidung. Kalau cecair tu kering sebelum operation, so tak payah buat operation. Mudah-mudahan tak perlu operation. Ameen..

Tuesday, July 4, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Lama betul tak tulis blog. Rindu nak tulis tapi banyak kerja ghostwriter yang perlu dibuat. Bulan berganti bulan, Habis Ramadhan, sekarang dah raya ke-10. Pantas sangat masa berlalu. Daniel pun lagi 2 hari dah nak masuk 3 bulan. 

Sempena hari raya ni, Nisa ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca yang setia baca blog ni. Akan try consistent update blog lepas ni walau sesibuk mana sekalipun. 

Jom tengok gambar raya Nisa!

 Raya tahun ni dah berempat

 I'm now a mother of two! Alhamdulillah dikurniakan  rezeki sepasang anak. Syukur sangat.

Damia kakak yang baik n rajin tolong mama. Tq kakak!

 Daniel pula tengah sibuk mengiring sekarang ni. Insya Allah 3 bulan lebih nanti pandai la meniarap tu. Kakak Mia dulu pun 3 bulan lebih dah pandai meniarap.

Posing raya Damia atas buai gantung. Macam dah besar sangat je gayanya, padahal baru 6 tahun

Ok semua, semoga happy di hari raya ya! 

Kalau duit tu banyak keluar untuk bagi duit raya, anggap jelah tu sebagai sedekah. Banyak yang keluar, Insya Allah akan banyak lagi yang masuk. 

Itulah peliknya rezeki. Makin disimpan dan rasa sayang nak sedekah, makinlah rasa sempit dan tak cukup duit tu. Tapi sebaliknya, kalau kita betul-betul ikhlas nak bagi, akan ada rezeki lain datang sebagai pengganti. Tak dapat kat diri kita, dapat kat anak-anak kita. Perasan tak?

Thursday, June 8, 2017

Tempat Menarik Cuti Sekolah|Pusat Konservasi Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak

Sebelum ini kami pernah ke Pusat Konservasi Gajah di Lancang, Pahang. Memang seronok berjinak-jinak dengan gajah. Boleh baca kisah kami di Pusat Konservasi Gajah DI SINIJusteru, idea untuk ke Pusat Konservasi Penyu memang disokong seratus peratus untuk proses pembelajaran kepada anak-anak seperti Damia tentang haiwan.

Damia memang excited nak tengok penyu kali ni walaupun dia sebenarnya agak penakut. Suka tengok tapi nak sentuh dia takut. Macam mama la jugak..haha

Lokasi Pusat Konservasi Penyu


Terdapat beberapa pusat konservasi penyu di Malaysia. Kami berkesempatan untuk ke Pusat Konservasi Penyu, di Pasir Panjang, Segari, Perak

Pusat Konservasi Penyu Segari agak tersorok dari jalan utama dan perlu melalui kawasan kelapa sawit lebih kurang 2km dari jalan utama.

Ianya terletak di belakang bangunan Baitul Hilal, pusat pencerapan anak bulan di Perak.

Pintu hadapan Pusat Konservasi Penyu Segari

Waktu lawatan:

Isnin- Ahad: 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari (Sesi 1)

2.00 petang- 5.00 petang (Sesi 2)

Sesi 2 untuk hari Jumaat bermula jam 2.30 petang

Aktiviti di Pusat Konservasi Penyu Segari

Terdapat beberapa tempat yang boleh dilawati di Pusat Konservasi Penyu Segari. Antaranya ialah kolam penyu dewasa, tapak penetasan telur penyu dan kolam pengasingan anak penyu.

Jika dilihat dari gambar di atas, kolam penyu dewasa bertanda No 4, kolam pengasingan anak penyu bertanda No.5 dan tapak penetasan bertanda No.7

1) Kolam Penyu Dewasa

Terdapat dua kolam besar utama di perkarangan pusat ini untuk tontonan umum. Setiap kolam ini menempatkan penyu dewasa.

Penyu-penyu karah dewasa 

Leka memerhatikan penyu-penyu ini berenang dan berkejaran sesama sendiri

Tercapai juga hasrat Kak Damia nak tengok penyu. Adik Daniel sedap tidur dalam stroller

Ucu Wan n Lin pun excited juga tengok penyu

Penyu berlumba-lumba mengejar makanan yang ditaburkan. Cantik kan corak di cangkerang penyu..

Damia dan Ucu Wan sempat menemuramah staf pusat konservasi penyu di sini. Pak Cik (lupa nak ambil nama dia. Kitaorang hanya panggil pak cik je sepanjang sesi penerangan di sini) telah memberikan layanan dan penerangan yang bagus tentang penyu kepada kami sepanjang lawatan di sini.

Menurutnya, penyu di sekitar kawasan ini hanya terdiri dari jenis karah. Manakala di Rantau Abang, Terengganu hanya terdiri dari penyu belimbing dan di Pengkalan Balak, Melaka hanya terdiri dari penyu lipas. 

Menurut pak cik juga, istimewanya sifat penyu ini ialah mereka tahu tempat pendaratan masing-masing untuk bertelur. Setelah merantau jauh mengelilingi dunia, mereka akan kembali semula ke tempat pendaratan untuk bertelur.

2)Tapak Penetasan Telur Penyu


Ini pula ialah tapak penetasan telur penyu

 Penerangan tentang proses penetasan telur penyu


3)Kolam Pengasingan Anak Penyu



Menurut Pak Cik (staff perikanan), kolam pengasingan ini tidak boleh dilawati oleh pengunjung kerana kebiasaannya pengunjung akan mengambil masa yang lama di sini disebabkan leka memerhatikan anak-anak penyu.

Namun rezeki kami pada hari tersebut, Pak Cik memberikan kebenaran untuk kami memasuki kolam pengasingan tersebut memandangkan tidak ramai pelawat ketika itu.



Setiap kolam pengasingan di sini menempatkan penyu mengikut umur dari tarikh penetasannya. Terdapat pelbagai saiz penyu dari yang kecil hingga ke sederhana besar.

Penyu yang matang atau dewasa akan di tempatkan di kolam utama di bahagian luar untuk tontonan awam. Penyu dewasa ini akan ditempatkan di kolam tersebut buat sementara waktu sebelum dilepaskan ke laut.


"Pak cik, penyu ni boleh pegang tak? Kalau kita pegang, dia gigit tak?" tanya Cik Lan tiba-tiba.

"Penyu tidak menggigit walau sebesar manapun saiznya. Ia tidak seperti kura-kura yang menggigit" jawab pakcik dengan yakin.

Setelah diberikan keizinan untuk memegang Si Penyu, Cik Lan  dengan berani menggunakan peluang tersebut untuk mengangkat penyu yang bersaiz kecil sehinggalah sederhana besar.


Iwan, Lin dan Damia pula hanya menyentuh badan penyu tersebut. Geli!!!


Cik Lan biasalah, dia memang akan paksa kita pegang kalau pergi tempat yang ada binatang. Bukan setakat tengok je. Bila dah ada peluang untuk pegang, memang dia akan paksa kita semua untuk pegang. 

Sebab tu Damia awal-awal dah "warning" ayah dia: "Ayah jangan bagi Mia pegang ea, Mia kecil lagi tau". Haha...


Tempat yang menarik untuk bawa anak-anak melawat ketika cuti sekolah. Sekurang-kurangnya mereka belajar sesuatu sambil makan angin. Real life experience yang tidak akan dapat sekadar membaca buku dan menonton video semata-mata.

Friday, April 28, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Benarlah kata orang, setiap anak itu pasti berbeza pengalaman mengandung dan melahirkannya. Bersalinkan Nur Izz Daniel tanggal 6/4/2017 tempoh hari sangat berbeza dari melahirkan Nur Izz Damia pada 9/9/2011.

Jarak 6 tahun yang memisahkan antara kedua-duanya mungkin juga menjadi penyebab berbezanya pengalaman tersebut. Masa melahirkan Damia, aku baru 25 tahun. Muda lagi, pengalaman melahirkan pun tak ada, serba serbi tak tahu. Waktu melahirkan Daniel pula, aku dah 31 tahun. Pengalaman melahirkan dah ada, rasa sakit pun dah tahu macam mana rasanya, ditambah pula dengan kisah-kisah perkongsian pengalaman orang lain.

Pengalaman sahaja yang berbeza, tapi sakitnya tetap sama. Siapa yang pernah merasa sahaja tahu kesakitan yang memang tak boleh digambarkan. Orang kata, anak kedua biasanya akan cepat daripada due date. So, aku pun percayalah sebab dah lama sangat tak bersalin, jadi rasa cuak tu memang ada. 

Dipendekkan cerita, aku ambil cuti awal seminggu. Sudahnya, tak bersalin juga. Daniel lahir overdue 6 hari (Kalau ikut due date doktor 31/3/2017). Disebabkan dah terlewat maka kenalah pergi hospital "serah diri" untuk induce. Orang lain sampai hospital dah start contraction sikit-sikit. Aku rileks lagi, boleh senyum, borak-borak. Yelah, tak sakit. 

5/4/2017
11.00 pagi: Mak n Abah hantar ke Hospital Batu Pahat untuk induce.

1.30 petang: Doktor check jalan belum buka lagi, check kepala baby dah kat bawah, so kena tahan wad jam 3.00 petang.

3.30 petang: Doktor pakar pula check. Ajaib betul, kepala baby bukan kat bawah tapi melintang. Gelabah juga aku bila doktor kata kena buat operation kalau pemeriksaan ultrasound kejap lagi mengesahkan baby memang melintang. 

4.00 petang: Doktor buat ultrasound, kepala baby kat bawah pula. Doktor kata condition ni dipanggil unstable baby. So, doktor decide, untuk tentukan sama ada aku kena induce atau operation bergantung kepada kepala bayi keesokan paginya. Apa-apa pun, Cik Lan kena tandatangan surat kebenaran untuk induce malam ni juga. Cik Lan n Damia waktu ni ada kat Shah Alam. Cik Lan kerja, Damia pula sekolah.

1.30 pagi:  Cik Lan sampai hospital untuk tandatangan surat kebenaran sebab esok paginya pukul 7 pagi doktor akan tentukan sama ada aku kena induce atau operation.

6/4/2017
7.00 pagi: Seperti yang dijadualkan, doktor cek kepala baby. Kali ni kepala baby melintang sekali lagi

7.15 pagi: Doktor lain cek kepala baby sekali lagi. Kali ni kepala baby dah kat bawah. Cek jalan pun dah buka 3 cm. Tapi aku still tak rasa sakit. M/O consult dengan doktor pakar dan diorang decide untuk pecahkan air ketuban. Function pecahkan air ketuban ni supaya kepala baby tak bergerak-gerak lagi. Doktor kata, once air ketuban dah dipecahkan dan berkurangan, kepala baby memang akan turun ke bawah. So, tak perlu operation. Lega sebab tak perlu operation tapi dalam masa yang sama aku start takut dan teringat pengalaman bersalinkan Damia dulu. Huhu. Dia punya takut n seriau tu Allah jelah yang tahu.

8.30 pagi: Ditolak masuk ke labor room selepas sarapan mee goreng. Dalam labor room memang tak dibenarkan makan, minum dan pergi toilet. Aku tahu prosedur tu. Tapi disebabkan pengalaman melahirkan Damia 12 jam dalam labor room tanpa makan n minum n aku tak ada tenaga, maka aku seludup masuk kurma dalam poket. Kantoi pula ngan nurse yang tolak aku gi labor room tu. "Dik, dalam poket tu ada apa?" Sambil tersengih n buat muka kesian aku cakap kat dia, "Saya bawa kurma kak. Bolehlah kak". Dia senyum n diam je. Dalam hati ni alhamdulillah dia bagi.

9.00 pagi: Dalam labor room, doktor pakar check jalan dah 4 cm then dia pecahkan air ketuban. Nurse start pasang macam-macam tiub kat aku. 2 tiub kat tangan. 1 tiub untuk air dan 1 lagi untuk ubat (tak ingat nama apa tapi ubat ni untuk bantu jalan buka n aku rasa contraction) 1 tiub lagi dipasang kat hidung untuk oksigen. 

11.00 pagi: Start rasa contraction dalam masa 10 minit sekali. Lepas tu aku dah tak ingat berapa minit sekali sebab dah sakit sangat. Waktu ni aku request kat nurse suruh panggil Cik Lan masuk. Tak lama kemudian nurse datang semula n cakap: 

"Dik, suami awak tak nak masuk sekarang. Dia kata, ikut pengalaman anak pertama dulu, lama. Dia cakap nak masuk lepas zohor lepas siap makan n solat".

Dalam hati aku waktu tu, oklah biar Cik Lan siap makan n solat dulu sebab aku sendiri pun tak tahu berapa lama lagi akan buka 10 cm, tadi baru 4 cm. Prosedur hospital, once suami dah masuk tak boleh keluar lagi sampailah isteri bersalin. 

1.30 petang: Doktor check jalan, still 4 cm. Masa dia cakap gitu, aku dah nak surrender kalau jadi macam Damia 12 jam dalam labor room matilah aku. Dah tak larat nak tanggung sakit yang teramat. Then doktor decide untuk tambah dos ubat untuk cepatkan bukaan.

2.00 petang: Doktor tambah dos ubat n aku makin sakit yang teramat. Sebelum tu nurse dah inject ubat tahan sakit. Jadi waktu ni aku memang lalok. Sakit tapi aku antara sedar n tak sedar. Waktu ni dah tak tengok jam lagi. Memang sakit teramat sangat. Aku pun tak sedar bila masa aku genggam lengan nurse yang teman aku kuat-kuat. Bila tersedar aku lepaskan balik, kesian dia. Dia pun diam je, pasrah aku genggam lengan dia kuat-kuat.

Waktu ni juga aku teringat Cik Lan, manalah dia pergi tak masuk-masuk lagi temankan aku. Kata lepas Zohor nak masuk, sampai sekarang tak ada pun. Aku nak cakap ngan nurse suruh panggil husband pun tak berdaya dah. Sakit teramat. Dalam hati ni pasrah jelah, kalau Cik Lan nak masuk, masuklah. Kalau tak, takpelah yang penting baby selamat.

Tiba-tiba aku rasa nak meneran sangat. Nurse tengok je then dia cakap: "Ok dah full, bila-bila masa awak rasa nak teran, teran je. Saya dah stand by kat sini.

3.15 petang: Daniel selamat dilahirkan. Waktu dia keluar n aku dengar dia nangis je, satu perkataan je keluar dari mulut ni, "Alhamdulillah". Lega dia, Allah jelah yang tahu.

Lepas Daniel dibersihkan, nurse keluar cari Cik Lan untuk azankan baby. Tapi Cik Lan tak ada kat luar. "Suami awak pergi bawah dik, dia baru je turun. Tak apalah kite bacakan je dia. Nurse tulah yang azankan n lepas tu bagi Daniel kat aku untuk disusukan. Sepanjang nurse tu jahit, Daniel memang ada dalam dakapan aku. Jadi sakit kena jahit tu memang aku tak rasa.

Rupa-rupanya time Cik Lan menghilang tu dia pergi solat Zuhur. Memang tak ada  rezeki Cik Lan lah untuk tengok Daniel dilahirkan dan jadi orang pertama yang azankan dia. 

5.30 petang: Ditolak masuk ke wad. Bermulalah episod baru ibu beranak dua untuk aku. Lepas 6 tahun baru Damia diberi peluang jadi kakak. Macam-macam perangai pelik yang dia buat. Emm..dah ada baby ni, jadual harian pasti akan berubah. Yang pasti tumpuan pada Damia harus diberikan juga, terutamanya pelajaran dia. You can do it Nisa!



Hari pertama Daniel dilahirkan

Thursday, March 16, 2017

Burger Mini dan Ketupat Periuk Kera

Balik dari ambil Damia sekolah tempoh hari, Cik Lan singgah di Ekspo Makanan. Nampaknya ada 2 makanan yang menarik perhatian Cik Lan di ekspo tersebut iaitu burger mini dan ketupat periuk kera.

Burger mini dengan roti yang beraneka warna

Damia kalau part posing memang No 1

Sedapnyer budak kecik ni makan burger. Disebabkan saiz burger yang kecil tetapi mempunyai daging yang agak tebal, maka puas jugalah makan burger ni (kalau tak share la).

1 kotak ada 4 biji. Kalau makan sorang boleh kenyang kot. Kitaorang share 3 orang, So, sorang satulah. Damia dapat 2 biji.

Ini pula ialah ketupat yang dibungkus dengan periuk kera. Unik kan? Ayah saya mengajar di sekolah orang asli. Mereka sangat expert buat benda ni dan nak cari periuk kera pun senang sebab orang asli kan duduk di sekitar pedalaman yang dikelilingi hutan.

Rendang yang disediakan pula ada 2 jenis iaitu rendang ikan dan daging. Kedua-dua rendang ni memang sedap.

Maaflah, tak dapat nak berkongsi nama makanan ni dan nombor untuk menghubungi mereka. Lupa nak snap gambar kotak makanan. Ada tulis kat situ contact number diaorang.
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno