Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, January 20, 2017

Kebaikan Face Oil Berbanding Krim Muka

Masyarakat kita masih belum lagi sedar akan kebaikan yang dimiliki oleh Face Oil. Rata-rata pengguna kosmetik wanita di negara ini mengamalkan penggunaan krim muka sebagai penjagaan asas kulit muka mereka. Mereka masih tidak tahu kebaikan face oil berbanding krim atau mungkin juga tidak pernah mendengar langsung tentang face oil. 

p/s: Termasuklah saya, baru ada kesedaran sikit tentang face oil ni. Hehe. Tu yang nak bagitau ni.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, nama-nama kosmetik besar semesti Lancome, Jurlique, Josie Maran dan banyak lagi telah mula beralih kepada penghasilan Face Oil. Yang pastinya, harga sememangnya menjadi isu. Ya, terlalu mahal untuk mendapatkan Face Oil keluaran mereka!

Antara jenama terkenal yang bersaing mengeluarkan Face Oil

Apa pula kebaikan face oil berbanding krim muka?

Face oil bertindak untuk mengawal lapisan minyak pada kulit muka kita supaya tidak terlalu kering atau berminyak

Face oil juga mampu meresap jauh ke dalam kulit dan memerangkap segala kotoran yang terdapat pada kulit. Jadi, waktu kita mencuci muka, kotoran tadi akan terperangkap di dalam face oil dan dikeluarkan melalui tindakan pencuci muka.

Secara ringkas begitulah pengetahuan tentang face oil yang korang perlu tahu. Cerita banyak Nisa tulis kat entry lain ye. Bye!



Tuesday, January 17, 2017

Tempat Makan Best Langkawi|Shell Out Pantai Cenang Langkawi

Korang pernah try Shell Out? Ala, yang makan atas kertas mahjung putih atau kertas pembalut makanan warna coklat tu. Ya, yang makan tak guna pinggan tu. Dilambakkan semua makanan atas kertas. Ala-ala macam makan nasi ambang gitu. Semua lauk bercampur.

Selama ni nak cuba tapi tak berkesempatan. Tapi hari tu masa family vacation kat Langkawi, kebetulan sebelah apartment tempat kami menginap ada sebuah kedai shell out yang sentiasa penuh dengan pengunjung. Dua malam berturut-turut kitaorang makan kat situ. Sedap!

Lokasi Shell Out Langkawi


Terletak di Jalan Pantai Cenang, Langkawi.

Ianya berdekatan dengan Underwaterworld Langkawi dan bersebelahan dengan Warisan Duty Free Pantai Cenang. Lokasi Gerai Shell Out Langkawi juga terletak bersebelahan dengan jalan masuk ke Adina Drive-In Motel.

Shell Out Langkawi @ Pantai Cenang

Peta Lokasi Restoran Shell Out Pantai Cenang Langkawi

Cara Memilih Pakej Shell Out Langkawi

Terdapat 3 langkah untuk memesan makanan di sini.



Langkah 1: Pilih set yang dikehendaki. Terdapat 3 set makanan iaitu Kombo Super Wow RM 49/RM79/RM99. Harganya berbeza-beza bergantung kepada jenis makanan laut yang dipilih. Sila rujuk gambar di atas.


Langkah 2: Pilih jenis sos/kuah/masakan yang anda sukai. Ada 4 jenis cara masakan yang boleh anda pilih iaitu TomYam Paste, Chilli Paste, Kam Heong dan Mentega Basah

Langkah 3: Pilih menu tambahan sekiranya ada. Menu tambahan yang disediakan ialah Udang Karang, Udang Harimau, Ketam Bunga, Udang dan Sotong

Langkah 4: Pilih hidangan sampingan seperti sotong goreng tepung, popiah, kentang goreng dan sebagainya. Rujuk gambar di atas.

Menu Pilihan Kami di Shell Out Langkawi


Dua hari berturut-turut makan di sini, kami memilih Set Kombo RM49 dan dimasak secara Chilli Paste. Memang sedap, sebab tu dua-dua kali makan kat sini still pilih cara masakan yang sama. Malah kerangan laut seperti lala, udang dan ketam yang sesuai untuk 2-3orang makan. Tapi yang penting bagi kitaorang adalah masakannya yang sedap.

Tempat Makan Best Langkawi|Shell Out Pantai Cenang Langkawi
Set Kombo RM49 dimasak secara Chilli Paste

 Set Shell Out

Tempat Makan Best Langkawi|Shell Out Pantai Cenang Langkawi
Kuantiti makanan laut yang banyak beserta rasa yang sangat sedap. Pedas tetapi sedikit manis. Terbaik. Kalau korang nak tahu komen tentang cara masakan lain seperti Kam Heong dan Butter Basah, boleh rujuk blog Bondezaidalifah. Beliau ada mencuba masakan shell out jenis lain.

Next time kalau korang pergi Langkawi untuk shopping, bolehlah singgah makan di Shell Out Pantai Cenang ye!

Wednesday, January 11, 2017

SOFTWARE GRAFIK| Mengurangkan kos upah designer untuk design header blog, header Facebook, business card dan lain-lain


Panjang tajuk entri saya kali ini kan? Ini kerana saya sangat berpuas hati menggunakan software grafik yang diberikan trial access secara percuma selama 5 hari ini. Saya tidak dibayar apa-apa oleh penjual untuk mempromosikan penjualan software ini.

Namun sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana memberikan trial access secara percuma ini, maka entri ini adalah layak untuk anda!

(Post/entri ini ditulis secara sukarela kerana terlalu berpuas hati dengan software grafik yang pada saya amat berbaloi untuk anda dapatkan ini. Harganya juga sangat berpatutan dan mampu milik.)

Nampak tak saya punya semangat buat header guna software ni.. 10 minit je pun! Senang sangat! 

Siapa yang sesuai membeli software grafik?


Pada saya, insan yang paling sesuai untuk membeli software ini ialah:

Usahawan kecil yang baru bermula dan tiada banyak modal untuk dihabiskan terhadap upah designer untuk iklan produk, business card, flyers, header Facebook dan sebagainya

Blogger yang gemar mengubah design header blog

Youtuber yang rajin upload video di youtube

Penulis ebook yang ingin design e-cover

Penjual Online di Instagram & Facebook: Jualan secara online memerlukan anda untuk mempunyai imej yang menarik bagi menarik perhatian pengguna sekaligus mempromosikan produk anda

Antara dua design di atas, mana satukah yang bakal anda beli sebagai pengguna?

Pastinya Design A, bukan? Kerana apa?

Kerana packaging design yang lebih menarik dan meyakinkan. As simple as that!


Apa yang anda dapat dengan membeli software grafik?


Terdapat 8 bahagian utama design yang boleh anda lakukan iaitu:

1) Video Graphics
2) Info Graphics
3) Youtube Graphics
4) Offline Graphics: Business card, flyers, kupon dan banyak lagi
5) Ebook Editor
6) Sales Page Editor
7) FB Fanpage Editor
8) Header/Banner Editor

Setiap bahagian ini mempunyai template yang boleh anda ubah mengikut kesesuaian perniagaan dan tujuan anda. Nasihat saya, bagi Newbie yang masih baru dalam bidang rekagrafik ini, eloklah guna template kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.

Tetapi jika anda mempunyai idea sendiri untuk design, maka anda boleh design from scratch. Tiada masalah.

Contoh Video Graphics: Anda boleh letakkan "overlay" pada video tersebut supaya lebih menarik dan nampak profesional pastinya.

Contoh Youtube Graphics: Anda boleh memilih template mengikut kesesuaian. Antara template yang ada ialah doctor, dental clinic, car wash, gym, hostel dan banyak lagi!

Contoh Ebook Editor: Untuk design cover buku. Nampak tak saya punya cover buku? Haha kuat berangan Nisa ni..5 minit je saya buat..


Contoh FB Fanpage Editor: Sangat sesuai untuk design header Facebook Fanpage. Memang ukuran header ni dah ikut saiz Facebook. Maksudnya lepas siap design terus muat dengan Facebook header size, tak perlu adjust lagi

Contoh Offline Graphics bagi Flyers saiz A5

Contoh Offline Graphics bagi Business Card

Harga Software Grafik


Harga yang sangat berpatutan dan berbaloi. Lepas ni anda dah tak perlu pening-pening fikir tentang upah designer. Sesiapa yang pernah guna upah designer mesti tahu anggaran kos yang perlu dikeluarkan. 

Header blog saya ni dulu upah designer RM 50, tu harga 5 tahun lepas ye. Sekarang saya tak pasti.

Berapa harga software ni? 

RM 100 sahaja 

Oh ya, lagi satu yang menariknya mengenai software ini ialah ianya menggunakan TEKNOLOGI WEB-BASED bermaksud anda TIDAK PERLU DOWNLOAD/INSTALL

Selepas membuat pembayaran, anda akan diberikan USERNAME dan PASSWORD untuk access. Jadi anda boleh design dan edit design anda di mana-mana komputer atau laptop selagi mempunyai internet connection.

Mudah dan menarik, bukan?

Ini website jualan software grafik jika anda berminat untuk mendapatkannya: WEBSITE JUALAN SOFTWARE GRAFIK

Design Saya Menggunakan Software Grafik

Saya baru dapat access semalam ke free trial untuk guna software ni selama 5 hari. Semalam juga saya dapat design 2 perkara yang memang saya terfikir nak upah designer sebelum ni. Nasib baik jumpa software grafik. Selamat duit. Haha

Saya guna FB Fanpage Editor untuk design Header Facebook untuk Fanpage Blog Tempat Makan & Travel Best

Saya guna Header/banner Editor untuk Blog ghostwritermalaysia.com.
Ianya merupakan sebuah perkhidmatan penulisan buku untuk individu/syarikat yang berminat untuk menghasilkan buku tetapi tidak pandai menulis atau tiada masa untuk menulis.

Banyak lagi benda yang saya terfikir untuk design sekarang ni dengan adanya software grafik. Penjual turut menawarkan 5 hari untuk mencuba software ini secara percuma. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba sebelum anda membelinya!


p/s: Menurut website jualan, harga bakal dinaikkan selepas 14 Januari 2017. Lebih baik anda cuba  free trial cepat dan beli cepat-cepat sebelum harga dinaikkan.

Kalau rasa perlu beli lah. Kalau rasa tak perlu beli, dalam masa 5 hari trial free ni, korang designlah seberapa banyak benda yang korang nak. Tak rugi pun..hehe

Dalam otak ni tengah fikir, "Aku nak design apa lagi ea?"

Monday, January 9, 2017

Upah Khidmat Menulis Buku dan Artikel Oleh ghostwritermalaysia.com

Sekiranya anda merupakan seorang ahli perniagaan/politik yang sibuk atau artis yang bekerja tidak tentu masa, kehidupan anda pastinya dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman peribadi yang menarik dan berguna untuk dikongsikan kepada masyarakat.

Anda ingin sekali menulis sebuah buku yang mengisahkan catatan pengalaman peribadi dan ilmu-ilmu yang berguna yang telah anda perolehi selama ini, namun tiada masa untuk menulisnya. Atau anda mempunyai masa terluang tetapi tidak dikurniakan bakat dan kepakaran untuk menulis. Jangankan menulis buku, menulis satu perenggan sahaja sudah mengambil masa berjam-jam lamanya!

Begitulah manusia, dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan. Anda mungkin hebat dalam dunia perniagaan dan politik, tetapi tiada secebis bakat pun untuk menulis. Sayang bukan, jika pengalaman anda yang hebat dalam bidang kepakaran anda itu tidak dapat dikongsikan bersama umum? 

Khidmat Menulis Buku Oleh ghostwritermalaysia.com


Atas kesedaran dan keprihatinan tersebut, khidmat ghostwriter ditubuhkan. Perkhidmatan sebegini masih lagi baharu di Malaysia, namun di negara-negara luar ghostwriter sangat diperlukan oleh insan-insan yang hebat seperti anda. 

Di ghostwritermalaysia.com, anda akan dibantu untuk menghasilkan buku anda sendiri TANPA anda perlu menulisnya. Ya, ghostwritermalaysia.com akan membantu anda dari segi penulisan buku.

Anda hanya perlu menyediakan bahan rujukan yang lengkap sebagai panduan penulisan  kepada ghostwritermalaysia.com. Setelah buku tersebut disiapkan, nama andalah yang akan tertulis di atas buku dan anda sememangnya berhak mendapat pengiktirafan tersebut kerana anda sangat hebat dan pakar dalam bidang anda, hanya tiada masa atau kepakaran menulis sahaja.

Hubungi  ghostwritermalaysia.com


Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkhidmatan menulis buku ini, anda boleh layari laman web www.ghostwritermalaysia.com. Semoga tahun 2017 menyaksikan anda lahir dengan buku sulung atas nama anda sendiri!



Wednesday, January 4, 2017

Tempat Makan Best Batu Pahat | Asam Pedas Telok Wawasan (Telok Bakong) Batu Pahat Johor


Sebelum ini saya pernah menceritakan tentang beberapa makanan asam pedas yang merupakan masakan terkenal di Johor. Antara tempat makan asam pedas di Johor yang telah saya entri dalam blog saya ialah Asam Pedas Muar dan Asam Pedas Man Cathay.

Entri kali ini saya ingin berkongsi kisah makanan asam pedas di Teluk Bakong @ Telok Wawasan di Batu Pahat Johor. Lokasinya agak jauh sedikit ke dalam kampung dan terletak di muara kecil.

Lokasi Aa...Asam Pedas Teluk Wawasan

Gerai asam pedas ini terletak di Teluk Wawasan atau lebih dikenali sebagai Teluk Bakong. Di sepanjang jalan yang terletak berhampiran dengan kawasan tepian muara Teluk Bakong @ Teluk Wawasan ini, terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual masakan asam pedas.

Secara amnya, Teluk Bakong @ Teluk Wawasan ini adalah kawasan pendaratan nelayan bot-bot kecil dan terletak di satu muara kecil. Boleh dikatakan setiap petang kawasan ini dipenuhi pengunjung dengan pelbagai aktiviti masing-masing seperti beriadah, berbasikal, memancing atau menikmati pemandangan bakau dan matahari terbenam.

Ada juga yang datang ke sini untuk menikmati asam pedas atau menunggu hasil tangkapan laut yang boleh dibeli secara segar seperti ikan sembilang, siput, siakap dan sebagainya.

 Telok Bakong @ Telok Wawasan

Dalam banyak-banyak gerai, kami memilih untuk mencuba asam pedas di
Gerai Aa Asam Pedas Teluk Wawasan


Melalui gambar-gambar yang ditampal di dinding gerainya, rupa-rupanya Sultan Johor pernah singgah untuk makan di sini mungkin kerana sempena jelajah Mahkota Johor kot... Jadi, tidak silaplah pilihan kami...


Waktu operasi adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Manakala pada hari Jumaat mereka berehat dari jam 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang bagi memberikan laluan kepada solat Jumaat

Pelbagai Jenis Asam Pedas

Antara asam pedas yang terdapat di Gerai Aa Asam Pedas Teluk Wawasan ialah Asam Pedas Ikan Merah, Ikan Pari dan Ikan Kembung. Saiz ikan yang diberi pula memang besar dengan harga yang berpatutan. Bagi kami, saiz dan harganya adalah amat memuaskan lebih-lebih lagi untuk hidangan ikan merah.
Antara menu pilihan kami ialah:

 ~ Asam Pedas Ikan Merah ~

 ~ Asam Pedas Ikan Kembong ~

 ~ Asam Pedas Ikan Pari ~

 ~ Telur Dadar ~

Telur dadar adalah menu wajib Cik Lan untuk dinikmati bersama asam pedas

 ~ Tauhu Goreng ~

Tauhu goreng yang rangup di luar serta lembut di dalamnya bersama sayur taugeh yang rangup di simbah dengan kuah sambal kicap bersama taburan kacang kisar.

Boleh dikatakan hampir setiap kedai makan yang menjual asam pedas di Batu Pahat ada menyediakan menu tauhu goreng sebagai menu sampingan.

 ~ Sayur Kobis Goreng ~


Memang puas makan asam pedas di sini. Sedap dan disediakan dalam kuantiti yang banyak. Cuma asam pedas disini agak masam sedikit. Walau bagaimanapun rasa asas asam pedas tu tetap ada.

Bersedia untuk makan!...Tumbs up oleh Damia...hehehe

Cak..!!


Kami makan asam pedas dengan penuh nikmat pada hari tersebut. Di penghujung deretan kedai ini terdapat kawasan pantai muara yang sentiasa dipenuhi bot-bot nelayan. Kami singgah di situ seketika selepas makan.

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno