Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 21, 2017

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang

Kunjungan kami ke Kedai Kopi Kow Po yang turut menjual ais krim home made pelbagai perisa baru-baru ini merupakan kunjungan kali ketiga.

Kali ini, Mak, Abah, Iwan dan Lin turut serta mencuba ais krim home made yang menjadi tarikan penduduk Bentong, juga pengunjung dari luar kawasan Bentong. 

Di hadapan Kedai Kopi Kow Po

Lokasi Kedai Kopi Kow Po| Ais Krim Bentong

Kedai kopi yang pernah mendapat liputan media suatu ketika dahulu ini terletak di bandar Bentong, Pahang yang bersebelahan dengan Hong Leong Bank Bentong dan bertentangan dengan Hentian Raya Bentong (stesen bas Bentong).

Ianya juga sederet dengan Kedai Elektrik Singer, Hajra dan Dr. Cermin

Suasana Dalaman Kedai Kopi Kow Po| Ais Krim Bentong

Kedai kopi yang sentiasa dipenuhi pengunjung berbilang bangsa ini mengekalkan ciri-ciri sebuah kopitiam lama. Dengan hanya menggunakan meja dan kerusi besi, tahap kebersihan menjadi aspek utama yang dipentingkan oleh tauke kedai ni.

Penilaian A-Paling Bersih diberikan oleh Majlis Perbandaran


Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai, anda akan mendapati ruangan membuat minuman di sebelah kanan kedai yang dibiarkan terbuka. Jadi, anda dapat melihat secara jelas mereka membancuh air serta menyediakan aiskrim.

Bertentangan dengan tempat membuat minuman diletakkan pelbagai jenis ais krim home made yang dipamerkan di dalam peti sejuk berkaca jernih.


Berhadapan dengan peti sejuk pelbagai jenis ais krim pula diletakkan kaunter pembayaran yang mempunyai pelbagai gambar kenangan pelanggan ternama dengan pemilik kedai ini iaitu Mr. Tan Kow Po. Antara foto yang kelihatan disini juaga ialah kerabat diraja Sultan Pahang. Kelihatan juga lawatan Gabenor bank negara Malaysia iaitu Datuk Muhammad Ibrahim ke kedai ini.


Kedai yang sentiasa dipenuhi pengunjung berbilang bangsa

Menu Utama di Kedai Kopi Kow Po| Ais Krim Bentong

Selain kopi, ais krim home made adalah tarikan utama Kedai Kopi Kow Po di Bentong Pahang. Terdapat pelbagai perisa aiskrim yang disediakan oleh tauke kedai ni. Antara perisa ais krim yang terdapat di sini ialah pisang, jagung, kacang, vanila, kelapa, coklat, kopi dan pandan.

 Pelbagai pilihan ais krim dipamerkan di dalam peti sejuk

 Cendol spesial@Cendol aiskrim juga disediakan mengikut perisa aiskrim  yang dipesan oleh pelanggan.

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Kami memilih untuk mencuba 4 perisa ais krim iaitu Kacang, Vanila, Pisang dan Jagung.
Satu cedok ais krim berharga RM 4.

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Dua pilihan cendol kami diletakkan ais krim vanilla dan jagung. 
Semangkuk cendol berharga RM 4.50

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Posing dulu sebelum makan


Untuk pengetahuan anda, di bahagian hadapan Kedai kopi Kow Po, terdapat peniaga Melayu tempatan yang menjual makan melayu seperti nasi lemak, mee goreng, meehun goreng dan pulut rendang. Sekiranya pengunjung menginginkan menu yang lebih berat, maka mereka boleh memesan dari gerai mak cik Melayu tersebut.

     Kami turut memesan Pulut Rendang, Nasi Lemak, dan Mee Goreng dari gerai mak cik tersebut. 


Yong Tau Fu Goreng pula disediakan oleh Kedai Kopi Kow Po. Secara asasnya, kedai kopi ini hanya menyediakan menu ais krim dan minuman sahaja seperti gambar menu di bawah. Manakala, makanan pula disediakan dan dimasak oleh gerai mak cik Melayu di hadapan kedai tersebut.


Majlis Perbandaran Bentong turut mencadangkan kedai ini kepada penunjung yang mencari tempat makan di Bentong melalui laman web rasmi mereka--> Majlis Perbandaran Bentong

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Sebelum balik, kami sempat berbual dan bergambar bersama tauke a.k.a owner Kedai Kopi Kow Po iaitu Mr. Tan Kow Po. 

Cik Lan pula dengan selambanya cakap, "Dia ni blogger".

"Ah, ok-ok, bagus", balas Mr Tan ringkas.

Sewaktu Cik Lan ingin mengambil gambar saya dan ais krim yang terdapat di dalam peti sejuk, Mr. Tan menunjukkan isyarat tangan sambil mengarahkan kami berhenti seketika dari mengambil gambar.

'Kenapa pula uncle ni?' berkata saya dalam hati. Oh, rupa-rupanya dia mencedokkan ais krim dan meletakkannya ke dalam calung/kon ais krim seraya tangannya menghulurkan ais krim tadi kepada saya.

"Ambil gambar dengan ais krim lah" ujarnya bersahaja sambil jarinya menunjukkan isyarat bagus/jempol dan memandang tepat ke arah hand phone kamera yang sedang dipegang Cik Lan dari tadi.

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Free gift dari Mr. Tan Kow Po iaitu ais krim pandan

P/s:  Uncle ni macam tahu-tahu je, saya memang berniat nak beli ais krim calung/kon sebelum balik. Sekali dapat free lah! hehe. Jangan lupa singgah ke sini jika anda berada di Bentong atau kawasan yang berdekatan dengannya. Ais krim buatan kedai ini lain dari yang lain!

Wednesday, February 15, 2017

Review Harga Face Oil di Pasaran Antarabangsa dan Malaysia

Dalam banyak-banyak produk penjagaan kulit organik Mary Jardin, Face Oil adalah yang paling unik kerana jarang produk penjagaan kulit tempatan menggunakan konsep faceoil. Kebanyakannya masih lagi menggunakan krim muka sebagai produk untuk melembapkan dan memperbaiki kulit muka.

Namun, produk penjagaan kulit muka antarabangsa telah lama menggunakan face oil di dalam set penjagaan kulit muka mereka.

Jenama-jenama besar seperti Clarins, SK II, Innisfree dan banyak lagi telah mula menitikberatkan penggunaan face oil dan biasalah, harganya pasti mahal.




Baru-baru ini Nisa berkesempatan singgah di Sephora Sunway Pyramid. Memang banyak jenama yang sudah mempunyai face oil mereka tersendiri seperti Fresh yang menggunakan Seabuckthorn Oil sebagai premium ingredients mereka.

Antara face oil yang terdapat di pasaran dan bertaraf antarabangsa seperti gambar di atas.

Harga Face Oil Di Pasaran


SK II Facial Treatment Oil--> RM 535 (50 ml)

Clarins Face Treatment Oil--> RM 225 (30 ml)

Fresh Seaberry Face Oil--> RM 218 (30ml)

Aromatherapy Nourishing Face Oil-->RM 460 (15 ml)



Clinique Treatment Oil--> RM 185 (30 ml)

Itu antara harga face oil yang dapat Nisa share kat sini. Selebihnya kalau nak tahu jenis face oil dan harganya bolehlah tengok sendiri di website Sephora --->Klik SINI website Sephora Malaysia

Boleh tahan mahal juga lah kan harga face oil ni. Sebab apa? Sebab ianya adalah premium oils dan ada juga yang concentrated pure oils, tiada campuran bahan lain melainkan oil semata-mata.

Face Oil Pasaran Malaysia?


Di Malaysia masih lagi kurang penggunaan face oil dalam produk kecantikan. Rata-rata pengusaha masih lagi menggunakan krim sebagai pelembap. Setakat ini yang saya tahu hanya jenama Mary Jardin mengeluarkan face oil.

Harga Face Oil Mary Jardin ialah RM65 untuk 15 ml

Review lanjut mengenai Face Oil Mary jardin akan Nisa buat pada post yang akan datang.

Tuesday, February 14, 2017

Mencari Autoresponder Terbaik di Malaysia

Lambakan media sosial membuatkan peniaga masa kini gemar memilih media sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai medium pemasaran mereka.

Tidak dinafikan, media sosial memberikan impak yang sangat besar terhadap peningkatan jualan peniaga-peniaga. Ianya juga mudah digunakan membuatkan peniaga selesa memilih untuk memasarkan produk mereka.

Namun, tahukah anda bahawa medium pemasaran yang lebih berkesan ialah Email Marketing atau pemasaran emel. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan emel adalah percuma. Namun, pemasaran emel tidaklah percuma sepenuhnya kerana pemasaran emel memerlukan khidmat autoresponder.

Autoresponder inilah yang akan bekerja secara automatik untuk menghantar emel kepada senarai emel prospek yang anda miliki.

Autoresponder yang sering digunakan ialah Aweber, Get Response, TrafficWave ataupun Mailchimp. Autoresponder ini memerlukan pelanggan untuk membayar di dalam USD setiap bulan.

Namun disebabkan kejatuhan nilai ringgit yang teruk ketika ini, autoresponder tempatan mula menjadi pilihan peniaga yang menggunakan pemasaran emel. Antaranya ialah Emelmatik dan Gresponsive. 

Saya juga sedang berkira-kira untuk mencari autoresponder terbaik. Kemungkinan besar saya akan memilih autoresponder tempatan iaitu Emelmatik kerana pakej yang ditawarkannya amat sesuai untuk newbie seperti saya dan yang lebih penting ialah perkhidmatan autoresponder Emelmatik adalah percuma untuk tahun pertama penggunaannya.

Ya, ini bererti anda tidak akan dikenakan bayaran untuk tempoh 365 hari! Sangat berbaloi bagi saya. Jadi, dalam tempoh setahun tersebut dapatlah anda mengumpul list tanpa sebarang caj.


Monday, February 13, 2017

Jalan-jalan cari makan

Lama betul tak pergi jalan-jalan cari makan. Semalam tiba-tiba Cik Lan ajak pergi jalan-jalan. Kebetulan mak n abah ada kat Shah Alam. Lin n Iwan pun kebetulan takde aktivivti, dapatlah diaorang join "ekspedisi" jalan-jalan cari makan ni.

Mula-mula kitaorang pergi Bentong, Pahang untuk cuba ais krim home made yang sedap. Saya n Cik Lan dah kali ketiga ke sini, yang lain-lain tu pertama kali la sampai sini.

Entri ni just review sepintas lalu je tau. Maklumat lanjut saya akan tulis dalam post berasingan.

 Ada pelbagai perisa ais krim home made di sini

Sempat bergambar bersama pemilik kedai

Kemudian, dari Bentong kami bergerak ke Janda Baik untuk menikmati kopi yang juga home made. Di belakang rumah ditanam dengan pokok kopi. Biji-biji kopi itulah yang digunakan untuk membuat pelbagai jenis air kopi.

Saya memang tak minum kopi, jadi tak berapa pandai menilai sedap ataupun tidak air kopi yang terhasil. Tapi Cik Lan memang "hantu kopi", dan dia kata rasanya menghampiri kopi Starbucks.

Emm...Cik Lan yang cerewet part makanan boleh nilai air tu sedap, maksudnya memang sedap la kot kan..

 Ladang kopi
 Kopi o ais

Kopi susu


Selepas menikmati kopi, kami bergerak ke Genting Highlands. Suhu Genting Highlands ketika itu ialah 13 darjah Celcius. Memang sejuk giler, apatah lagi kami yang memang tak ada plan untuk ke sini. Memang tanpa sweater dan kesejukanlah jawabnya.

Pemandangan berkabus

 Semakin malam semakin tebal kabusnya sehingga menyukarkan pemanduan

Rambut Iwan tiba-tiba jadi putih, disinggahi kabus. Haha

Kami turun dari Genting Hinghlands jam 11 malam dan terpaksa memandu perlahan kerana kabus sangat tebal sehingga menyukarkan pemanduan. Banyak juga kereta yang berhenti di tepi jalan. 

Lebih kurang jam 12.30 malam kami tiba di Shah Alam. Agak meletihkan tetapi seronok.

Saturday, February 11, 2017

Dream BIG But start Small

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah mempunyai impian dan matlamat yang besar. Namun itu tidak bererti kita mesti melakukan sesuatu perkara yang benar-benar besar untuk mendapatkannya. 

Kadangkala dan seringkali berlaku ialah tindakan-tindakan kita yang kecil itu rupa-rupanya membantu ke arah pencapaian matlamat yang besar itu tadi.

Saya mengenali seorang ibu di alam maya yang mempunyai matlamat yang besar untuk kehidupan anak-anaknya. Bukan sahaja matlamat itu berfokus kepada kejayaan di dunia, malah ibu ini juga mengejar akhirat yang lebih hakiki.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengejar matlamat tersebut. Bermula dengan menyekolahkan anak-anaknya di rumah (home schooling) sehinggalah melatih anak-anaknya dengan kemahiran-kemahiran yang biasanya hanya dimiliki oleh orang dewasa.

Anak-anaknya pada usia seawal 3 tahun sudah menghafaz 30 surah terakhir Al-Quran dengan lancar sekali. Bukan itu sahaja, ibu ini juga turut menghantar anak-anaknya mempelajari ilmu renang, menunggang kuda, bermain golf, ilmu programming, mental aritmetik dan sebagainya.

Menurut beliau, dalam seminggu, masa yang diperuntukkan untuk anak-anak ini belajar semua kemahiran-kemahiran ini hanya satu atau 2 jam sahaja. Tetapi dilakukan secara konsisten, tanpa pernah tertinggal sekalipun. Beliau amat menitikberatkan disiplin yang tinggi dalam diri anak-anaknya.

Benarlah kata-kata bahawa kita perlu melakukan tindakan-tindakan yang kecil untuk memungkinkan kita mencapai sebuah impian yang besar. Yang paling penting ialah bermula dari sekarang!



Friday, February 10, 2017

Review Produk Penjagaan Kulit Organik Mary Jardin| Sabun Mary Jardin or Mary Jardin Facial Soap

Post Nisa kali ini berkisar tentang produk Mary Jardin yang Nisa sendiri dah gunakannya sekarang. Apa yang menarik sangat mengenai set penjagaan kulit Mary Jardin sampai Nisa pun terpengaruh nak cuba?

8 Keistimewaan Produk Mary Jardin Yang Jarang Ada Pada Produk Lain

1) Buatan sendiri/ home made
2) Natural Organic
3) Pengasasnya seorang doktor dermatologi
4) Pembungkusan yang menarik
5) Menggunakan tema lavender dalam setiap produk
6) Memiliki face oil
7) Harga yang berpatutan
8) Bahan-bahan yang digunakan dalam setiap produk sangat berkualiti tinggi

P/s: Penerangan terperinci bagi setiap keistimewaan di atas akan Nisa terangkan dalam entri yang berlainan. Entri kali ini akan fokus terhadap review sabun Mary Jardin sahaja.


Packaging/ Bungkusan Sabun Mary Jardin Yang Diterima Setiap Pelanggan

Review Produk Penjagaan Kulit Organik Mary Jardin| Sabun Mary Jardin or Mary Jardin Facial Soap
Ini adalah kotak sabun/ bungkusan sabun Mary Jardin yang bakal anda terima sekiranya hanya membeli sabun pencuci muka Mary Jardin.

Bahagian belakang kotak pula diberikan penerangan tentang kebaikan sabun dan cara penggunaannya. Sehari guna dua kali sahaja iaitu pada waktu pagi dan malam.

Mencuci muka secara berlebihan hanya akan membuatkan kulit anda menjadi lebih kering. Bukan untuk sabun Mary Jardin sahaja, malah ianya terpakai untuk semua jenis pencuci muka yang ada di pasaran. Itu memang nasihat dari doktor kulit atau ahli kecantikan.

Sabun Mary Jardin Dalam Proses Pembuatan

Itu keadaan atau rupa fizikal sabun selepas siap proses pembungkusan. Bagaimana pula rupa sabun yang dalam proses pembuatan? 

Sebagaimana yang telah saya beritahu sebelum ini, sabun Mary Jardin merupakan sabun buatan sendiri hasil formulasi Dr Maryam Al-Batul Azizudin, seorang doktor dermatologi.

Sabun yang sedang "dimasak". Saya tak tahu nak panggil apa proses ni. Proses mencampurkan semua bahan dan dikacau rata. Macam memasak pula. Haha

Setelah mencampurkan kesemua bahan, sabun dituangkan ke dalam acuan yang mempunyai bentuk lavender dan dikeringkan.

Review Produk Penjagaan Kulit Organik Mary Jardin| Sabun Mary Jardin or Mary Jardin Facial Soap
Mould sabun yang sedang menunggu giliran untuk dicurahkan sabun ke dalamnya

Review Produk Penjagaan Kulit Organik Mary Jardin| Sabun Mary Jardin or Mary Jardin Facial Soap
Setelah membeku di dalm mould, sabun dikeluarkan dan dikeringkan di atas para

Ini pula ialah sijil penyertaan yang diterima oleh Dr Maryam untuk menghasilkan sabun buatannya sendiri

Sabun Mary Jardin menggunakan prinsip Cold Press dalam pembuatannya 

Saiz Sabun Mary Jardin

Bagi yang tidak pernah menggunakan sabun Mary Jardin, anda pasti tertanya-tanya berapakah saiz ukuran sabun dan adakah saiz sedemikian berpatutan dengan harganya RM45?

Review Produk Penjagaan Kulit Organik Mary Jardin| Sabun Mary Jardin or Mary Jardin Facial Soap
                                                Ukuran sabun Mary Jardin ialah 7 cm x 5 cm

Bahagian depan sabun yang mempunyai bentuk sejambak lavender. Jika disimpan dan digunakan dengan cara yang betul, sabun ini mampu bertahan selama 3 bulan.

Bahagian belakang sabun. Nampak tak serat-serat warna coklat dan putih pada sabun. Itu adalah bahan semulajadi yang dicampurkan ke dalam sabun. Apakah bahan-bahan tersebut? Teruskan pembacaan anda.

Cara Penyimpanan Sabun Mary Jardin Bagi Penjimatan Yang Superb!

Sabun perlu disimpan di tempat yang kering kerana sabun Mary Jardin tidak mengandungi pengawet dan sangat cepat cair jika terkena air.

Review Produk Penjagaan Kulit Organik Mary Jardin| Sabun Mary Jardin or Mary Jardin Facial Soap
Jadi, dinasihatkan agar anda memotong sabun kecil-kecil dan meletakkan di tandas sabun yang ingin digunakan sahaja. Baki sabun yang lain hendaklah disimpan yang kering.

Kalau Nisa, lepas potong kecil-kecil, Nisa masukkan semula ke dalam kotak sabun yang cantik tu. Ada orang letak dalam mangkuk berpenutup. Terpulanglah pada cara masing-masing, asalkan simpan di tempat kering.

Review Produk Penjagaan Kulit Organik Mary Jardin| Sabun Mary Jardin or Mary Jardin Facial Soap
Bagi sabun yang hendak digunakan, Nisa masukkan ke dalam bekas kecil berpenutup dan letakkan di dalam tandas. Jadi, senanglah nak ambil untuk mencuci muka nanti.

Ada juga yang rajin sangat buat bekas berspan macam gambar kat atas tu. Lebih efektif sebenarnya buat bekas sabun dari span sebab bila sabun tu dah terlampau kecil, kita boleh basahkan span tu dan perahkannya untuk kegunaan bahagian badan yang lain.


Bahan Yang Terkandung Dalam Sabun Mary Jardin & Keistimewaannya

Baiklah, ini pula ialah kandungan bahan-bahan yang terdapat di dalam sabun Mary Jardin. Antaranya ialah Palm Oil, Castor Oil, Susu kambing, Madu, Lavender Oil, Coconut Oil, Olive Oil dan banyak lagi.

Kebaikan bahan-bahan tersebut pula adalah seperti di bawah:



Sekian sahaja untuk review sabun Mary Jardin, sebarang pertanyaan lanjut atau ingin mencuba sabun ini, boleh hubungi/whatsapp Nisa: 0137751357

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno