Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 14, 2017

Mencari Autoresponder Terbaik di Malaysia

Lambakan media sosial membuatkan peniaga masa kini gemar memilih media sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai medium pemasaran mereka.

Tidak dinafikan, media sosial memberikan impak yang sangat besar terhadap peningkatan jualan peniaga-peniaga. Ianya juga mudah digunakan membuatkan peniaga selesa memilih untuk memasarkan produk mereka.

Namun, tahukah anda bahawa medium pemasaran yang lebih berkesan ialah Email Marketing atau pemasaran emel. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan emel adalah percuma. Namun, pemasaran emel tidaklah percuma sepenuhnya kerana pemasaran emel memerlukan khidmat autoresponder.

Autoresponder inilah yang akan bekerja secara automatik untuk menghantar emel kepada senarai emel prospek yang anda miliki.

Autoresponder yang sering digunakan ialah Aweber, Get Response, TrafficWave ataupun Mailchimp. Autoresponder ini memerlukan pelanggan untuk membayar di dalam USD setiap bulan.

Namun disebabkan kejatuhan nilai ringgit yang teruk ketika ini, autoresponder tempatan mula menjadi pilihan peniaga yang menggunakan pemasaran emel. Antaranya ialah Emelmatik dan Gresponsive. 

Saya juga sedang berkira-kira untuk mencari autoresponder terbaik. Kemungkinan besar saya akan memilih autoresponder tempatan iaitu Emelmatik kerana pakej yang ditawarkannya amat sesuai untuk newbie seperti saya dan yang lebih penting ialah perkhidmatan autoresponder Emelmatik adalah percuma untuk tahun pertama penggunaannya.

Ya, ini bererti anda tidak akan dikenakan bayaran untuk tempoh 365 hari! Sangat berbaloi bagi saya. Jadi, dalam tempoh setahun tersebut dapatlah anda mengumpul list tanpa sebarang caj.


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno