8 Keistimewaan Produk Mary Jardin Yang Jarang Ada Pada Produk Lain
1) Buatan sendiri/ home made2) Natural Organic
3) Pengasasnya seorang doktor dermatologi
4) Pembungkusan yang menarik
5) Menggunakan tema lavender dalam setiap produk
6) Memiliki face oil
7) Harga yang berpatutan
8) Bahan-bahan yang digunakan dalam setiap produk sangat berkualiti tinggi
P/s: Penerangan terperinci bagi setiap keistimewaan di atas akan Nisa terangkan dalam entri yang berlainan. Entri kali ini akan fokus terhadap review sabun Mary Jardin sahaja.
Packaging/ Bungkusan Sabun Mary Jardin Yang Diterima Setiap Pelanggan
Ini adalah kotak sabun/ bungkusan sabun Mary Jardin yang bakal anda terima sekiranya hanya membeli sabun pencuci muka Mary Jardin.
Bahagian belakang kotak pula diberikan penerangan tentang kebaikan sabun dan cara penggunaannya. Sehari guna dua kali sahaja iaitu pada waktu pagi dan malam.
Mencuci muka secara berlebihan hanya akan membuatkan kulit anda menjadi lebih kering. Bukan untuk sabun Mary Jardin sahaja, malah ianya terpakai untuk semua jenis pencuci muka yang ada di pasaran. Itu memang nasihat dari doktor kulit atau ahli kecantikan.
Sabun Mary Jardin Dalam Proses Pembuatan
Itu keadaan atau rupa fizikal sabun selepas siap proses pembungkusan. Bagaimana pula rupa sabun yang dalam proses pembuatan?
Sebagaimana yang telah saya beritahu sebelum ini, sabun Mary Jardin merupakan sabun buatan sendiri hasil formulasi Dr Maryam Al-Batul Azizudin, seorang doktor dermatologi.
Sabun yang sedang "dimasak". Saya tak tahu nak panggil apa proses ni. Proses mencampurkan semua bahan dan dikacau rata. Macam memasak pula. Haha

Mould sabun yang sedang menunggu giliran untuk dicurahkan sabun ke dalamnya
Setelah membeku di dalm mould, sabun dikeluarkan dan dikeringkan di atas para
Ini pula ialah sijil penyertaan yang diterima oleh Dr Maryam untuk menghasilkan sabun buatannya sendiri
Sabun Mary Jardin menggunakan prinsip Cold Press dalam pembuatannya
Saiz Sabun Mary Jardin
Bagi yang tidak pernah menggunakan sabun Mary Jardin, anda pasti tertanya-tanya berapakah saiz ukuran sabun dan adakah saiz sedemikian berpatutan dengan harganya RM45?
Ukuran sabun Mary Jardin ialah 7 cm x 5 cm
Bahagian depan sabun yang mempunyai bentuk sejambak lavender. Jika disimpan dan digunakan dengan cara yang betul, sabun ini mampu bertahan selama 3 bulan.
Bahagian belakang sabun. Nampak tak serat-serat warna coklat dan putih pada sabun. Itu adalah bahan semulajadi yang dicampurkan ke dalam sabun. Apakah bahan-bahan tersebut? Teruskan pembacaan anda.
Cara Penyimpanan Sabun Mary Jardin Bagi Penjimatan Yang Superb!
Sabun perlu disimpan di tempat yang kering kerana sabun Mary Jardin tidak mengandungi pengawet dan sangat cepat cair jika terkena air.
Jadi, dinasihatkan agar anda memotong sabun kecil-kecil dan meletakkan di tandas sabun yang ingin digunakan sahaja. Baki sabun yang lain hendaklah disimpan yang kering.
Kalau Nisa, lepas potong kecil-kecil, Nisa masukkan semula ke dalam kotak sabun yang cantik tu. Ada orang letak dalam mangkuk berpenutup. Terpulanglah pada cara masing-masing, asalkan simpan di tempat kering.
Bagi sabun yang hendak digunakan, Nisa masukkan ke dalam bekas kecil berpenutup dan letakkan di dalam tandas. Jadi, senanglah nak ambil untuk mencuci muka nanti.
Ada juga yang rajin sangat buat bekas berspan macam gambar kat atas tu. Lebih efektif sebenarnya buat bekas sabun dari span sebab bila sabun tu dah terlampau kecil, kita boleh basahkan span tu dan perahkannya untuk kegunaan bahagian badan yang lain.
Bahan Yang Terkandung Dalam Sabun Mary Jardin & Keistimewaannya
Baiklah, ini pula ialah kandungan bahan-bahan yang terdapat di dalam sabun Mary Jardin. Antaranya ialah Palm Oil, Castor Oil, Susu kambing, Madu, Lavender Oil, Coconut Oil, Olive Oil dan banyak lagi.
Sekian sahaja untuk review sabun Mary Jardin, sebarang pertanyaan lanjut atau ingin mencuba sabun ini, boleh hubungi/whatsapp Nisa: 0137751357
No comments:
Post a Comment