Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 7, 2017

Tempat Makan Best Shah Alam| Kueh Cafe Shah Alam

Anda teringin nak makan kuih tradisional Melayu dalam suasana bandar? Yelah, kadangkala nak cari kuih tradisional dalam kehidupan di bandar ini agak sukar.

Selalunya aneka kuih muih hanya ditemui tatkala bulan Ramadhan. Waktu itulah terdapat pelbagai jenis pilihan kuih-muih yang selalunya kita temui pada waktu kecil dahulu.

Kebiasaannya kuih yang sering dijual pada waktu sarapan pagi atau minum petang ialah karipap, donut dan cekodok pisang.

Mungkin atas faktor kesedaran kurangnya gerai yang menjual kuih-muih, maka pemilik Kueh Cafe Shah Alam mengambil kesempatan tersebut untuk membuka sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu.

Lokasi Kueh Cafe Shah Alam


 Alamat:
Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi:
10 pagi hingga 10 malam

Instagram: Kueh 13

Restoran Kueh Cafe ini agak besar untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai kerana ianya menggunakan dua buah lot kedai.

Ianya juga terletak di sebelah Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Seksyen 13. Untuk lebih mudah, guna sahaja Aplikasi Waze dan taipkan "Kueh Cafe", terus je jumpa!

Aneka Jenis Kuih dan Harga

Selain menggunakan konsep yang berbeza dari kelaziman kafe yang menyajikan pelbagai makanan barat seperti spagethi, hiasan dalaman kafe ini turut menarik perhatian.

Walaupun menyajikan kuih-muih sebagai menu utama, hiasan dalamannya masih lagi menggunakan konsep kafe hipster masa kini iaitu menggunakan meja dan kerusi kayu.

Pertama kali masuk ke Kueh Cafe, kami rambang mata seketika. Mana tidaknya, deretan kuih muih tersusun cantik untuk dipilih oleh pelanggan. Tunjuk sahaja kuih yang anda mahu, akan ada pekerja yang mengambilkannya untuk anda.

Disebabkan kafe ini menyambungkan dua lot kedai, maka ruang dalamannya memang luas. Aneka kuih muih pula diletakkan di kaunter pada bahagian tengah kafe.

                     Harganya pula ialah RM 4 untuk 5 biji kuih dan RM 7 untuk 10 biji kuih

Antara kuih muih yang disajikan di sini ialah kuih cara, dangai, karipap, pelita, kuih dadar gulung, kasui, kuih bom, pelbagai jenis bingka, pelbagai jenis lepat, keria, kuih lapis dan banyak lagi.

Banyak juga kuih yang saya sendiri tidak tahu namanya, apatah lagi melihatnya sebelum ini.

"Oh, ni kuih ............., kata mak mertua saya tatkala kami membawanya ke sini baru-baru ini".

p/s: Saya sendiri tak ingat kuih apa yang disebutnya ketika itu. Fisrt time dengar n dah lupa. Short term memory. Haha

Bukan setakat menyajikan pelbagai jenis kuih-muih, yang lebih penting lagi ialah rasanya. Kalau setakat banyak tapi rasanya tak sedap pun tak guna juga kan?

Bagaimana rasa kuih di Kueh Cafe? Sangat sedap dan keenakan tradisional itu betul-betul mengingatkan pada kuih buatan nenek dan ibu di kampung pada zaman silam. Chewah ayat takleh blah! Haha

Damia pun dah pandai makan kuih sekarang. Dulu dia tak boleh makan benda yang kenyal-kenyal ni, nanti dia keluarkan semula.

Air Teh Tarik yang memang sedap sangat dan berbaloi dengan harganya RM 7.90 secawan

Antara kuih-muih pilihan kami ialah lepat, keria, bingka, dangai, karipap dan kuih cara berlauk

Macam biasa, Damia mesti posing sebelum makan

Beria betul dia makan kuih bingka dan tak cukup pulak tu! Dia minta tambah lagi kuih.

Set kedua kuih atas permintaan Damia

Sebenarnya, selain kuih-muih kafe ini turut menyediakan makanan berat lain seperti laksam, mee kari, laksa utara, roti jala dan banyak lagi. Mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis kopi yang sedap!

Bagi saya, konsep kafe sebegini harus dikekalkan supaya generasi muda masih mengenal dan dapat merasai keenakan kuih tradisional Melayu. Kueh Cafe Shah Alam Seksyen 13 terbaik!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno