Gerai Sup Meletup Pak Long yang terletak di Kampung Janda Baik, Pahang sentiasa dipenuhi oleh penduduk kampung ataupun orang luar yang singgah di Kampung Janda Baik. Perkampungan ini menyediakan banyak homestay yang sesuai dijadikan rumah persinggahan dan percutian di Janda Baik.
Jika anda ingin ke sini, gunakan sahaja Waze dan taip--> Sup Meletup Pak Long (Janda Baik)
Gerai Sup Meletup Pak Long Kampung Janda Baik, Bentong Pahang
Keistimewaan Gerai Sup Meletup Pak Long, Kampung Janda Baik
Bagi kami yang buat kali keduanya singgah di sini, keistimewaan Gerai Sup Meletup terletak pada keistimewaan kopi mereka. Makanan yang menjadi pilihan utama pengunjung ke sini ialah pelbagai jenis sup.
Namun, kami kembali dan sengaja datang ke Janda baik semata-mata untuk ke gerai ini bukanlah kerana keistimewaan supnya. Sebaliknya, kami ke sini kerana keenakan kopi kampung yang ditanam dan dibuat sendiri oleh pemilik gerai ini.
Tanaman kopi jenis Arabica dan Robusta di bahagian tepi gerai
Sempat bergambar bersama biji kopi mentah
Biji kopi yang terhasil hanya digunakan untuk kegunaan gerai mereka sahaja.
"Susah nak dapatkan kopi ni. Lagipun kami tanam tak banyak," ringkas jawapan mak cik pemilik kedai tatkala kami menyatakan hasrat untuk membeli biji kopi yang telah siap diproses.
"Susah nak dapatkan kopi ni. Lagipun kami tanam tak banyak," ringkas jawapan mak cik pemilik kedai tatkala kami menyatakan hasrat untuk membeli biji kopi yang telah siap diproses.
Menu Pilihan Kami di Gerai Sup Meletup Pak Long, Kampung Janda Baik
Berikut adalah menu yang menjadi pilihan kami di sini. Disebabkan sebelum sampai ke sini kami baru sahaja makan tengahari dan masih kenyang, maka kami hanya minum air dan makan semangkuk sup kambing beserta nasi putih.
Kopi O panas dan Kopi O Ais
Kopi O panas...Kopi O Ais....Kopi Susu
Sepinggan nasi dan semangkuk sup dikongsi bersama 7 orang. Dah kenyang punya pasal.
Sup Kambing Meletup Pak Long
Menikmati kopi kampung campuran Robusta dan Arabica.
Disebabkan saya memang tak suka dan tak minum kopi, maka saya tidak boleh menilai sama ada kopi kampung ini sedap ataupun tidak. Tetapi bagi Cik Lan yang sememangnya "hantu kopi":
"Sedap. Setanding Starbuck"
Abah dan Iwan pun kata sedap. Menurut mereka, kopi di Gerai Sup Meletup Pak Long, Kampung Janda Baik ini sangat berbeza rasanya dari kopi kampung lain yang pernah mereka rasa sebelum ini.

Tq for sharing.. Otw singgah nak Minum Kopi.. Saya memang hantu kopiii
ReplyDeleteMahai ooo...mcm kat starbucks
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekopi ais paling tersedap
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeletePagi sup dah Ada blom
ReplyDelete