Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, July 27, 2017

Tempat Makan Best Melaka| Calanthe Art Cafe, Jonker Street

Apabila disebut Calanthe Art Cafe, satu perkara yang saya teringat sampai sekarang ialah keenakan Sagu Gula Melakanya yang sangat sedap. Saya pun boleh buat sendiri Sagu Gula Melaka tu, tapi confirm tak boleh lawan Calanthe Art Cafe!

Saya tak boleh lupa Sagu Gula Melaka, Cik Lan pula teringat-ingat akan aroma dan rasa kopinya yang berbeza-beza mengikut setiap negeri. Haish, bila lagilah nak pergi Melaka ni...

Lokasi Calanthe Art Cafe


Calanthe Art Cafe terletak di deretan kedai-kedai lama Jonker Street, Melaka

Alamat:

CALANTHE ART CAFE
No. 11, Jalan Hang Kasturi,
75200 Melaka (Jonker Street)

Website: http://calanthe.letseat.at/
Facebook: Calanthe Art Cafe

Di hadapan Calanthe Art Cafe

Keunikan Calanthe Art Cafe

Menggunakan tag line "The First & Only One", Calanthe Art Cafe sememangnya mempunyai tarikan tersendiri yang tidak terdapat di kafe lain.

Apakah konsep unik yang menjadi tarikan kafe ini?


Calanthe Art Cafe menawarkan 13 jenis kopi yang berbeza rasa berdasarkan kepada 13 negeri di Malaysia. Setiap kopi bagi setiap negeri adalah berbeza dari segi rasa dan aromanya. Ini kerana campuran serta nisbah jenis kopi yang berbeza. Jika memesan kopi Pahang maka rasanya akan berbeza dari kopi Melaka...

Kenapa mereka memilih konsep sebegini?

Calanthe Art Cafe mahu pengunjung merasakan mereka telah melawat seluruh Malaysia walaupun dengan hanya berada di Melaka.

"Visit Melaka Means Visit Malaysia"

Pelbagai jenis kopi dan penerangan mengikut nama negeri di Malaysia:

1) Johor
2) Kedah
3) Kelantan
4) Melaka
5) Negeri Sembilan
6) Pahang
7) Pulau Pinang
8) Perak
9) Perlis

Pelbagai jenis kopi dan penerangan mengikut nama negeri di Malaysia:
10) Selangor
11) Terengganu
12) Sabah
13) Sarawak

Harga kopinya berharga antara RM 4.80 hingga RM 10.00 secawan

Jika dilihat dari menu di atas, campuran setiap kopinya adalah berbeza bagi setiap negeri. Sebagai contoh, jika anda meminati kopi yang mengandungi herba, maka anda boleh memesan kopi Perlis. Ini kerana Kopi Perlis mengandungi campuran kopi dan 5 herba. 

Cik Lan minat kopi yang pekat serta aroma yang kuat. Maka staff di sini mencadangkan Kopi Pahang. Kopi Pahang ini adalah 100% biji kopi robusta dari Indonesia serta mempunyai rasa kopi yang tidak begitu kuat tetapi sangat beraroma dan pekat. 

Cik Lan memang puas hati dengan rasa kopi ni. Terbaikk!

Cik Lan memesan Kopi Pahang sementara saya hanya memilih jus. Saya tak suka kopi..hehehe

Damia pula nak makan kek coklat. Makanya orderlah brownies coklat untuk dia. Brownies tu dihidangkan sekali dengan ais krim vanila dan pisang. Memang sedap!


Inilah gambar sagu gula melaka yang saya cakap sedap masa mula-mula tadi. Saya rasa sagu ni sedap kerana jenis gula melaka yang digunakan. Sagu? Semua sagu rasanya sama. Emm..next time nak kena beli gula melaka yang berkualiti baru boleh buat sendiri dessert ni.

Cenderahati yang kami beli di Calanthe Art Cafe ni adalah kopi Kelantan (dalam sachet)..

There is no place,
Near this place,
Like this place,
and
We confirm this is the ONLY place!

Kata-kata yang memikat hati dari Calanthe Art Cafe.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno