Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, November 10, 2017

Restoran Kari Kambing 40 Hari, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor

Setiap kali balik Kluang dari highway (PLUS antara Yong Peng - Ayer Hitam) mesti perasan signboard besar Restoran Kari Kambing 40 hari

Dan setiap kali tu jugalah berderet-deret kereta parking tepi jalan. Kekadang tu dalam hati ni terdetik, "Sedap sangat ke? Apa yang special sangat?"

Deretan kereta parking tepi jalan utama Yong Peng-Ayer Hitam.

Lokasi 

Pelan lokasi Restoran Kari Kambing 40 Hari.
 

Lokasi Restoran Kari Kambing 40 Hari terletak di Jalan Utama (Jalan Air Hitam-Yang Peng) dan besebelahan dengan lebuhraya PLUS.

Kedai makan yang sentiasa dipenuhi pengunjung, silih berganti termasuklah konvoi motor berkuasa besar dan kecil.

Ada juga pengunjung dari luar Kluang seperti dari Selangor, Melaka dan banyak lagi.

 Suasana dalam restoran.

Konsep kat sini ialah layan diri (Self service), so kenalah beratur ye. Barisan memang panjang tapi cepat bergerak sebab dia bezakan antara pengunjung yang makan di kedai dan bungkus untuk dibawa balik.

Menu Utama

Actually menu utama Restoran Kari Kambing 40 Hari ialah Nasi Arab yang dihidangkan dalam dulang/talam atau dalam pinggan. Ia boleh dipesan mengikut selera pengunjung yang datang.

Set Talam (dulang) Nasi Arab Versi 40 Hari (Gabungan Kambing & Ayam)

 Set Nasi Arab Versi 40 Hari (Ayam)

Masing-masing tengah lapar sebab waktu ni dah pukul 2.00 petang dan belum makan tengahari lagi. So memang licinlah. Haha

Dari segi rasanya pula lebih kurang sama macam nasi arab yang dijual di Restoran masakan Nasi Arab, cuma bezanya terletak pada rasa masakan kari kambingnya.

Kari kambing versi 40 hari yang memang unik!

Rasa karinya ringan je. Tak muak. Dah habis satu dulang pun rasa macam tak kenyang lagi. Rasa macam nak tambah je..

Anyway, selamat mencuba Restoran Kari Kambing 40 hari.

Jangan risau kalau tengok kereta berderet-deret nak makan kat sini sebab servis dia memang tip-top cemerlang sebab pantas dan cepat.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno