Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, November 9, 2017

Trong Leisure Farm & Resort, Trong Taiping, Perak

Sekali sekala bawa anak pergi Zoo, tengok haiwan secara live memang seronok. Sekurang-kurangnya anak-anak kecil ni dapat belajar sesuatu.

Tahulah mereka bahawa alam semesta bukan hanya ada manusia semata-mata! Haha....

Kitaorang setakat ni tak pernah lagi bawa Damia n Daniel pergi zoo. Tapi bawa pergi tengok tempat pemeliharaan haiwan secara specifik tu memang ada.


Setakat ni pernah pergi Pusat Konservasi Gajah (Kuala Gandah, Pahang), Taman Rusa (Lanchang, Pahang), Pusat Konservasi Penyu (Segari, Perak) dan terbaru Ladang ternakan itik di Trong Leisure Farm, Taiping Perak.


Signboard Trong Leisure Farm & Resort
Kredit to "yayanotyy.blogspot.my"


Bayaran Masuk Trong Leisure Farm

Bayaran masuk untuk melawat kawasan ladang ternakan itik di sini ialah RM 8.00 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Harga ni dah termasuk permainan kayak air.




Aktiviti di Trong Leisure Farm & Resort

Aktiviti 1: Melawat Kawasan Ternakan Itik




Kami dibawa mengelilingi ladang ternakan itik ke Check Point dengan menaiki wagon yang ditarik dengan traktor. 


Ladang ternakan itik ini terletak di kawasan kelapa sawit.


Sepanjang perjalanan ke Check Point, kami dapat melihat banyak itik-itik yang dilepaskan bebas dalam kawasan berpagar.

Seronok betul Damia tengok itik-itik sepanjang perjalanan ke Check Point.

Sempat juga dia membebel:
"Atok kereta ni bergoyang goyang..pening Mia".
Dan yang paling best Damia cakap" Tok busuk lar bau itik ni".

Biasalah, dah masuk ladang itik kan..Good for your experience kakak!

Tiba di check point


Di sini, itik dibahagikan mengikut umur dan saiz. Pelawat boleh memegang dan memberi makan kepada itik-itik.

Geram juga tengok anak-anak itik yang kuning ni....quek..quek...quek...

Apalagi, serbu!!
Kami terus meluru ke arah anak itik kecil yang bewarna kuning tu...

Cik Lan kata tak sakit, tapi geli waktu itik sudu dan sedut makanan atas tangan kita.


 Atok Damia yang busy bagi anak itik makanan


Makanan dedak untuk itik ada dijual di sini dengan harga RM 1 sepeket. Masa ni kami beli 2 peket.

Memang menyeronokkan terutamanya untuk Damia.

Damia takut juga nak pegang mula-mula, dia sentuh-sentuh je. Lama-lama lepas tu ok dah..

Itik dewasa

Aktiviti 2: Berkayuh


Lepas melawat ladang ternakan itik, kami berkayuh di tasik kecil yang disediakan khas untuk pengunjung.

Tau apa bezanya berkayuh di sini dan tempat lain? Tempat lain tak ada itik, kat sini banyak itik yang sengaja dilepaskan bebas ke dalam tasik.

Apapun, memang bagus bawa anak-anak ke sini. Banyak input yang mereka boleh belajar dari haiwan!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno