Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, January 4, 2017

Tempat Makan Best Batu Pahat | Asam Pedas Telok Wawasan (Telok Bakong) Batu Pahat Johor


Sebelum ini saya pernah menceritakan tentang beberapa makanan asam pedas yang merupakan masakan terkenal di Johor. Antara tempat makan asam pedas di Johor yang telah saya entri dalam blog saya ialah Asam Pedas Muar dan Asam Pedas Man Cathay.

Entri kali ini saya ingin berkongsi kisah makanan asam pedas di Teluk Bakong @ Telok Wawasan di Batu Pahat Johor. Lokasinya agak jauh sedikit ke dalam kampung dan terletak di muara kecil.

Lokasi Aa...Asam Pedas Teluk Wawasan

Gerai asam pedas ini terletak di Teluk Wawasan atau lebih dikenali sebagai Teluk Bakong. Di sepanjang jalan yang terletak berhampiran dengan kawasan tepian muara Teluk Bakong @ Teluk Wawasan ini, terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual masakan asam pedas.

Secara amnya, Teluk Bakong @ Teluk Wawasan ini adalah kawasan pendaratan nelayan bot-bot kecil dan terletak di satu muara kecil. Boleh dikatakan setiap petang kawasan ini dipenuhi pengunjung dengan pelbagai aktiviti masing-masing seperti beriadah, berbasikal, memancing atau menikmati pemandangan bakau dan matahari terbenam.

Ada juga yang datang ke sini untuk menikmati asam pedas atau menunggu hasil tangkapan laut yang boleh dibeli secara segar seperti ikan sembilang, siput, siakap dan sebagainya.

 Telok Bakong @ Telok Wawasan

Dalam banyak-banyak gerai, kami memilih untuk mencuba asam pedas di
Gerai Aa Asam Pedas Teluk Wawasan


Melalui gambar-gambar yang ditampal di dinding gerainya, rupa-rupanya Sultan Johor pernah singgah untuk makan di sini mungkin kerana sempena jelajah Mahkota Johor kot... Jadi, tidak silaplah pilihan kami...


Waktu operasi adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Manakala pada hari Jumaat mereka berehat dari jam 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang bagi memberikan laluan kepada solat Jumaat

Pelbagai Jenis Asam Pedas

Antara asam pedas yang terdapat di Gerai Aa Asam Pedas Teluk Wawasan ialah Asam Pedas Ikan Merah, Ikan Pari dan Ikan Kembung. Saiz ikan yang diberi pula memang besar dengan harga yang berpatutan. Bagi kami, saiz dan harganya adalah amat memuaskan lebih-lebih lagi untuk hidangan ikan merah.
Antara menu pilihan kami ialah:

 ~ Asam Pedas Ikan Merah ~

 ~ Asam Pedas Ikan Kembong ~

 ~ Asam Pedas Ikan Pari ~

 ~ Telur Dadar ~

Telur dadar adalah menu wajib Cik Lan untuk dinikmati bersama asam pedas

 ~ Tauhu Goreng ~

Tauhu goreng yang rangup di luar serta lembut di dalamnya bersama sayur taugeh yang rangup di simbah dengan kuah sambal kicap bersama taburan kacang kisar.

Boleh dikatakan hampir setiap kedai makan yang menjual asam pedas di Batu Pahat ada menyediakan menu tauhu goreng sebagai menu sampingan.

 ~ Sayur Kobis Goreng ~


Memang puas makan asam pedas di sini. Sedap dan disediakan dalam kuantiti yang banyak. Cuma asam pedas disini agak masam sedikit. Walau bagaimanapun rasa asas asam pedas tu tetap ada.

Bersedia untuk makan!...Tumbs up oleh Damia...hehehe

Cak..!!


Kami makan asam pedas dengan penuh nikmat pada hari tersebut. Di penghujung deretan kedai ini terdapat kawasan pantai muara yang sentiasa dipenuhi bot-bot nelayan. Kami singgah di situ seketika selepas makan.

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno