Mula-mula kitaorang pergi Bentong, Pahang untuk cuba ais krim home made yang sedap. Saya n Cik Lan dah kali ketiga ke sini, yang lain-lain tu pertama kali la sampai sini.
Entri ni just review sepintas lalu je tau. Maklumat lanjut saya akan tulis dalam post berasingan.
Ada pelbagai perisa ais krim home made di sini
Sempat bergambar bersama pemilik kedai
Kemudian, dari Bentong kami bergerak ke Janda Baik untuk menikmati kopi yang juga home made. Di belakang rumah ditanam dengan pokok kopi. Biji-biji kopi itulah yang digunakan untuk membuat pelbagai jenis air kopi.
Saya memang tak minum kopi, jadi tak berapa pandai menilai sedap ataupun tidak air kopi yang terhasil. Tapi Cik Lan memang "hantu kopi", dan dia kata rasanya menghampiri kopi Starbucks.
Emm...Cik Lan yang cerewet part makanan boleh nilai air tu sedap, maksudnya memang sedap la kot kan..
Ladang kopi
Kopi o ais
Kopi susu
Selepas menikmati kopi, kami bergerak ke Genting Highlands. Suhu Genting Highlands ketika itu ialah 13 darjah Celcius. Memang sejuk giler, apatah lagi kami yang memang tak ada plan untuk ke sini. Memang tanpa sweater dan kesejukanlah jawabnya.
Pemandangan berkabus
Semakin malam semakin tebal kabusnya sehingga menyukarkan pemanduan
Rambut Iwan tiba-tiba jadi putih, disinggahi kabus. Haha
Kami turun dari Genting Hinghlands jam 11 malam dan terpaksa memandu perlahan kerana kabus sangat tebal sehingga menyukarkan pemanduan. Banyak juga kereta yang berhenti di tepi jalan.
Lebih kurang jam 12.30 malam kami tiba di Shah Alam. Agak meletihkan tetapi seronok.