Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 21, 2017

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang

Kunjungan kami ke Kedai Kopi Kow Po yang turut menjual ais krim home made pelbagai perisa baru-baru ini merupakan kunjungan kali ketiga.

Kali ini, Mak, Abah, Iwan dan Lin turut serta mencuba ais krim home made yang menjadi tarikan penduduk Bentong, juga pengunjung dari luar kawasan Bentong. 

Di hadapan Kedai Kopi Kow Po

Lokasi Kedai Kopi Kow Po| Ais Krim Bentong

Kedai kopi yang pernah mendapat liputan media suatu ketika dahulu ini terletak di bandar Bentong, Pahang yang bersebelahan dengan Hong Leong Bank Bentong dan bertentangan dengan Hentian Raya Bentong (stesen bas Bentong).

Ianya juga sederet dengan Kedai Elektrik Singer, Hajra dan Dr. Cermin

Suasana Dalaman Kedai Kopi Kow Po| Ais Krim Bentong

Kedai kopi yang sentiasa dipenuhi pengunjung berbilang bangsa ini mengekalkan ciri-ciri sebuah kopitiam lama. Dengan hanya menggunakan meja dan kerusi besi, tahap kebersihan menjadi aspek utama yang dipentingkan oleh tauke kedai ni.

Penilaian A-Paling Bersih diberikan oleh Majlis Perbandaran


Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai, anda akan mendapati ruangan membuat minuman di sebelah kanan kedai yang dibiarkan terbuka. Jadi, anda dapat melihat secara jelas mereka membancuh air serta menyediakan aiskrim.

Bertentangan dengan tempat membuat minuman diletakkan pelbagai jenis ais krim home made yang dipamerkan di dalam peti sejuk berkaca jernih.


Berhadapan dengan peti sejuk pelbagai jenis ais krim pula diletakkan kaunter pembayaran yang mempunyai pelbagai gambar kenangan pelanggan ternama dengan pemilik kedai ini iaitu Mr. Tan Kow Po. Antara foto yang kelihatan disini juaga ialah kerabat diraja Sultan Pahang. Kelihatan juga lawatan Gabenor bank negara Malaysia iaitu Datuk Muhammad Ibrahim ke kedai ini.


Kedai yang sentiasa dipenuhi pengunjung berbilang bangsa

Menu Utama di Kedai Kopi Kow Po| Ais Krim Bentong

Selain kopi, ais krim home made adalah tarikan utama Kedai Kopi Kow Po di Bentong Pahang. Terdapat pelbagai perisa aiskrim yang disediakan oleh tauke kedai ni. Antara perisa ais krim yang terdapat di sini ialah pisang, jagung, kacang, vanila, kelapa, coklat, kopi dan pandan.

 Pelbagai pilihan ais krim dipamerkan di dalam peti sejuk

 Cendol spesial@Cendol aiskrim juga disediakan mengikut perisa aiskrim  yang dipesan oleh pelanggan.

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Kami memilih untuk mencuba 4 perisa ais krim iaitu Kacang, Vanila, Pisang dan Jagung.
Satu cedok ais krim berharga RM 4.

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Dua pilihan cendol kami diletakkan ais krim vanilla dan jagung. 
Semangkuk cendol berharga RM 4.50

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Posing dulu sebelum makan


Untuk pengetahuan anda, di bahagian hadapan Kedai kopi Kow Po, terdapat peniaga Melayu tempatan yang menjual makan melayu seperti nasi lemak, mee goreng, meehun goreng dan pulut rendang. Sekiranya pengunjung menginginkan menu yang lebih berat, maka mereka boleh memesan dari gerai mak cik Melayu tersebut.

     Kami turut memesan Pulut Rendang, Nasi Lemak, dan Mee Goreng dari gerai mak cik tersebut. 


Yong Tau Fu Goreng pula disediakan oleh Kedai Kopi Kow Po. Secara asasnya, kedai kopi ini hanya menyediakan menu ais krim dan minuman sahaja seperti gambar menu di bawah. Manakala, makanan pula disediakan dan dimasak oleh gerai mak cik Melayu di hadapan kedai tersebut.


Majlis Perbandaran Bentong turut mencadangkan kedai ini kepada penunjung yang mencari tempat makan di Bentong melalui laman web rasmi mereka--> Majlis Perbandaran Bentong

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Sebelum balik, kami sempat berbual dan bergambar bersama tauke a.k.a owner Kedai Kopi Kow Po iaitu Mr. Tan Kow Po. 

Cik Lan pula dengan selambanya cakap, "Dia ni blogger".

"Ah, ok-ok, bagus", balas Mr Tan ringkas.

Sewaktu Cik Lan ingin mengambil gambar saya dan ais krim yang terdapat di dalam peti sejuk, Mr. Tan menunjukkan isyarat tangan sambil mengarahkan kami berhenti seketika dari mengambil gambar.

'Kenapa pula uncle ni?' berkata saya dalam hati. Oh, rupa-rupanya dia mencedokkan ais krim dan meletakkannya ke dalam calung/kon ais krim seraya tangannya menghulurkan ais krim tadi kepada saya.

"Ambil gambar dengan ais krim lah" ujarnya bersahaja sambil jarinya menunjukkan isyarat bagus/jempol dan memandang tepat ke arah hand phone kamera yang sedang dipegang Cik Lan dari tadi.

Tempat Makan Best di Bentong Pahang|Ais Krim Bentong | Ais Krim Kow Po | Kedai Kopi Kow Po, Bentong Pahang
Free gift dari Mr. Tan Kow Po iaitu ais krim pandan

P/s:  Uncle ni macam tahu-tahu je, saya memang berniat nak beli ais krim calung/kon sebelum balik. Sekali dapat free lah! hehe. Jangan lupa singgah ke sini jika anda berada di Bentong atau kawasan yang berdekatan dengannya. Ais krim buatan kedai ini lain dari yang lain!
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno