Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, July 25, 2017

Genting Highlands Premium Outlet (GHPO)

Di Malaysia terdapat beberapa Premium Outlet yang terkenal seperti Johor Premium Outlet (JPO) dan Malacca Premium Outlet (MPO) atau nama lainnya Freeport A Famosa Outlet Village

Terbaru, Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) telah dibuka secara rasmi kepada umum pada 15/6/2017 dan pastinya GHPO akan menjadi salah satu tempat kunjungan pelancong apabila mereka berkunjung ke Taman Tema Genting Highlands.

GHPO juga adalah salah satu premium outlet yang terletak di atas tanah tinggi Banjaran Titiwangsa pada ketinggian lebih kurang 1000m dari paras laut.


Lokasi Genting Highlands Premium Outlet (GHPO)

Alamat:

KM 13, Genting Highlands Resort,
69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi:

10 pagi- 10 malam


GHPO berada di lokasi stesen kereta kabel Awana di Genting Highlands. Bangunan GHPO dihubungkan dengan stesen kereta kabel Awana sekaligus memudahkan pengunjung untuk naik ke taman tema menggunakan kereta kabel.

Anda risau sukar mendapatkan parkir kenderaan kerana ramai yang berkunjung ke GHPO? 

Jangan risau, parkir bertingkat yang disediakan amat banyak. Kami pada mulanya hampir membatalkan hasrat untuk ke GHPO apabila melihatkan deretan kenderaan bersusun memasuki perkarangan GHPO. Mujur kesabaran masih ada, masih banyak parkir kosong tatkala tiba di kawasan parkir kenderaan. 

Senarai Outlet di Genting Highlands Premium Outlet (GHPO)

Terdapat kira-kira 150 outlet berjenama antarabangsa di sini seperti Coach, Hugo Boss, Kate Spade, Michael Kors, Moschino, Adidas, Carlo Rino, Sembonia, Bonia dan banyak lagi. 

Bagi mendapatkan senarai lengkap outlet di GHPO boleh Klik Sini-->Senarai Outlet GPO

Di hadapan Outlet Coach dan Victoria Secret


                                   Di hadapan Outlet Bonia, Universal Traveller dan Typo


Ada juga jenama Cotton On di sini dan dibahagikan tiga iaitu Outlet Cotton On,
Cotton Kids dan Cotton On Body. 

Hajat di hati nak belikan Daniel sleep suit Cotton On ada 50% diskaun, sekali masuk semua sleepsuit dah habis. Huhu

Misi pencarian handbag. Tengok-tengok je, mana tahu ada yang berkenan. Haha

Lin dan Damia pun join misi jalan-jalan dan tengok-tengok. Iwan standby kat luar jaga Daniel. Cik Lan pula sibuk tengok-tengok cermin mata.



Selesai tengok-tengok, kitaorang naik cable car dalam pukul 6 petang. Dan selepas turun dari cable car dalam pukul 9 malam, sambung misi tengok-tengok dan jalan-jalan lagi sampailah kedai tutup. Haha. Tak apa, lain kali boleh pergi lagi. Dekat je Shah Alam ke GHPO.


Sempat pulak si Damia n Cik Lan makan ais krim di kedai Godiva waktu saya dan Lin masuk Outlet Sembonia. Satu kon ais krim ni harganya RM25.

Kata Cik Lan ais krim ni memang sedap rasanya. Coklat di kedai Godiva ini di import dari Belgium, maka tidak hairanlah ada coklat berharga RM90 untuk 100gm. 

Suasana malam di GHPO yang agak dingin...

Sehingga hampir jam 10 malam pun masih ada yang beratur di Outlet Coach

Masing-masing dah kepenatan waktu ni

Nasib baik Daniel hari ni behave. Dia tak menangis. Bangun, tidur dan minum susu je. Good boy.

Sekian sahaja perkongsian dan review ringkas dari saya berkenaan Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) atau lebih senang dipanggil GPO sebenarnya Bagi kami, shopping di GPO lebih seronok kerana keadaan cuacanya yang tidak panas kerana faktor lokasi GPO yang berada di tanah tinggi. Jadi, korang takkan rimas melekit dek kepanasan walau berjalan lama. Lagi satu, sale pun banyak sehingga 70%. 

Untuk mengetahui perkembangan terbaru GPO seperti outlet-outlet yang baru dibuka, sedang mengadakan promosi dan sebagainya, rajin-rajinlah jenguk FB GPO di sini-->Facebook: Genting Highlands Premium Outlet,GPO
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno