Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, October 8, 2018

Tempat Makan Best di Pulau Pinang|Kari Sembilang Pak Wan, Jalan Kuala Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang

Pulau Pinang sangat terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik terutamanya Nasi Kandar yang menjadi 'trade mark' negeri tersebut. Antara nasi kandar yang pernah kami cuba ialah Restoran Rafi Nasi Kandar, Nasi Kandar beratur, Kayu Nasi Kandar, Restoran Deen Nasi Kandar dan Restoran Hameediyah Nasi Kandar.

Kali ini kami berkongsi satu lagi tempat makan yang best di Pulau Pinang iaitu Kari Sembilang Pak Wan, kedai makan biasa tapi BUKAN berasaskan Nasi Kandar yang terbaik pernah kami cuba. Kedai makan ni terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Boleh dikatakan ada beberapa tempat gerai makan menarik di Balik Pulau, Pulau Pinang yang menyajikan kari ikan atau kari kepala ikan. Yang bestnya, kari di sini adalah style masakan ala melayu Balik Pulau, Pulau Pinang, Agak beza sedikit rasanya dengan kari Mamak.



Lokasi Kari Sembilang Pak Wan

Alamat:
Pasar Nelayan Kuala Jalan bharu, 
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Facebook: Pak Wan Kari Sembilang Kuala Jalan Bharu


Gerai makan Kari Sembilang Pak Wan ni terletak berhampiran di muara Kuala Sungai Kongsi. Gerai ni juga terletak di kawasan pengkalan bot-bot nelayan. Mungkin sebab itu juga, gerai ni sentiasa dipenuhi pelanggan dari luar atau kawasan sekitar kerana sajian kari ikan segar dari laut.

 Peta lokasi...

Tempat Makan Best di Pulau Pinang|Kari Sembilang Pak Wan, Jalan Kuala Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang

Sebarang pertanyaan berkaitan waktu operasi restoran ini boleh hubungi
019-5165 221 (Pak Wan) atau 017-4250 605 (Dee)

Menu Pilihan Kami di Kari Sembilang Pak Wan

Terdapat pelbagai jenis pilihan kari di sini namun kami hanya memilih isi kari ikan jenahak dan kari ikan sembilang. 

Walaupun Pulau Pinang terkenal dengan kari nasi kandar, namun Kari Sembilang Pak Wan ini mempunyai rasa yang berbeza dari kebiasaan kari nasi kandar. Sangat best!...Paduan rasa rempah kari beserta daun karinya serta bau kari yang harum...kari ni kami berikan nama sebagai kari kampung (masakan style melayu). Kuah karinya kurang pekat serta aromanya yang wangi serta santan yang sedikit...Memang layan kuah kari ni...hehehe

 ~ Kari ikan jenahak ~

 ~ Kari ikan sembilang ~

Tempat Makan Best di Pulau Pinang|Kari Sembilang Pak Wan, Jalan Kuala Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang
 ~ Ikan sembilang goreng ~

Ikan Sembilang gorengnya sangat rangup dan terasa rempah yang menyalutinya. Dicicah dengan sambal kicap hirisan bawang pula tu..Memang terbaik! Superb!!


Kuah kari tambah.....wajib oerder jika makan di sini...hirupan kuah kari ikan yang superb...hehehe

Tempat Makan Best di Pulau Pinang|Kari Sembilang Pak Wan, Jalan Kuala Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang
Family sebelah suami. Masing-masing dah tak sabar nak menjamu selera

Kedai ni tutup pukul 3 petang. Jadi kalau nak datang sini, sila plan masa baik-baik ye..

P/s: Budak botak main kucing. Daniel 1 tahun 5 bulan @ Kari Sembilang Pak Wan, Balik Pulau, Pulau Pinang

Sunday, September 30, 2018

Home Tuition| Private Tutor Seri Kembangan, Puncak Jalil, Equine Park, Bukit Jalil, Bukit Serdang

Anda mencari guru Matematik terbaik untuk tuisyen anak anda yang dapat memberikan 100% perhatian buat anak anda?

Jika ya, maka Home based tuition atau tuisyen di rumah adalah pilihan yang paling tepat. Konsep tuisyen di rumah ialah guru akan datang ke rumah dan mengajar anak anda sahaja mengikut keselesaan masa anda.

Saya kenal seorang Guru Tuisyen Matematik terbaik di Selangor, secara spesifiknya untuk kawasan Seri Kembangan, Puncak Jalil, Equine Park, Bukit Jalil dan Bukit Serdang.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Matematik dan mampu mengajar menggunakan teknik yang mudah difahami oleh murid mengikut tahap kefahaman dan kemampuan anak anda.

Maklumat tentang bayaran, masa dan tempoh mengajar

Maklumat lanjut berhubung home tuition atau private tuition Matematik ini boleh rujuk flyers di atas atau hubungi terus Cikgu Zawin di 012 747 6956.

Tiada lagi kebimbangan tentang prestasi Matematik anak anda sama ada mereka menduduki UPSR, PT3 atau SPM. Cikgu Matematik Zawin akan membantu anda!

Wednesday, September 26, 2018

Eagle Ranch Resort Port Dickson

Kali pertama saya tahu tentang Eagle Ranch Resort ialah sewaktu menyaksikan rancangan TV yang memaparkan Dato Alif Syukri mengadakan 'Family Day' untuk staff D'Herbs. Kebetulan waktu tu ada majlis kahwin saudara Cik Lan di PD, so singgahlah sekejap untuk minum petang.

Lokasi Eagle Ranch Resort seperti di bawah:

Alamat: 
Eagle Ranch Resort


Reka bentuk dalaman resort ini agak menarik. Hampir keseluruhan binaan berasaskan kayu

Terdapat pelbagai landskap menarik yang cantik untuk dimuatkan dalam gambar

Bandar ala Cowboy

Waktu ni Daniel 5 bulan rasanya

Destinasi kami untuk minum petang




Family sebelah suami
Sagu gula melaka dan ais krim antara menu minum petang yang dipilih

Fina wefie sebelum balik. Opss, mana Daniel? 

Tuesday, September 25, 2018

Kegunaan Young Living RC Essential Oil untuk Melegakan Batuk dan Selsema Bayi, Kanak-kanak dan Dewasa

Selsema dan batuk merupakan antara penyakit yang sering menyerang kita tanpa mengenal usia. Daniel sewaktu dalam pantang pun dah diserang selsema. Bila jumpa doktor, jawapannya mudah sahaja; tiada ubat selsema/batuk diberikan untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun. Jika dia menyusu badan, beri susu badan sekerap mungkin.

Sejak itu, saya mula mencari natural remedy atau senang kata cara alternatif untuk menyembuhkan selsema secara semula jadi menggunakan bahan-bahan yang selamat. Antara petua orang tua yang saya jumpa ialah menyapukan kunyit di batang hidung. Insya Allah selsema akan kering dengan cepat.

Emm, sapu jugalah sikit-sikit tapi Cik Lan tak suka sangat sebab kesan kunyit tu kalau terkena bantal or selimut susah nak dihilangkan. Almaklumlah, suami I pembersih sangat, ok! Haha.

So, sejak tu saya cuba cari cara lain untuk cepatkan proses penyembuhan selsema atau batuk tapi kebanyakannya memerlukan penyediaan yang pada saya agak leceh. Nampak tak mama malas? Kihkih.

One day kawan kat office perkenalkan essential oil atau biasa orang panggil EO. Dia buatkan saya roller blend yang menggunakan EO RC. Alhamdulillah serasi dan cara nak guna pun senang je. Sejak tulah saya mula guna EO dan akhirnya jatuh cinta pulak!


Apa itu RC Essential Oil?

Setiap essential oil atau minyak pati mempunyai fungsi yang berbeza-beza bergantung kepada jenis essential oil yang digunakan. R.C merupakan antara essential oil yang terdapat di dalam Premium Starter Kit (PSK).

RC merupakan campuran beberapa jenis Essential Oil iaitu:
- Eucalyptus Globulus
- Eucalyptus Radiata
- Eucalyptus Citriodora
-Myrtle
- Spruce
- Peppermint
- Lavender
-Marjoram
-Cypress

Kegunaan Essential Oil @ Minyak Pati RC Young Living 

Secara amnya, RC digunakan untuk perkara/permasalahan berkaitan dengan pernafasan.

1) Melegakan batuk dan selsema
2) Mengurangkan kerengsaan sinus dan bronchitis
3) Melegakan sakit tekak
4) Mengurangkan kahak dan mukus
5) Membantu meredakan jangkitan kuman di paru-paru

Ingat ya, ini hanya cara alternatif sahaja dan tidak dijamin mampu menyembuhkan penyakit-penyakit di atas. Kita hanya ikhtiar je, yang menyembuhkan hanyalah Allah. Jika telah berusaha dan penyakit masih berlarutan, sila jumpa doktor dengan segera. Mungkin ianya buka batuk atau selsema biasa!

Cara Menggunakan Essential Oil @ Minyak Pati RC Young Living 

Cara 1: Diffuse

Titiskan 3-5 titik RC EO ke dalam diffuser. Saya guna Dew Drop Diffuser, tahan 4 jam tanpa henti. Biasanya kalau Damia or Daniel selsema, saya akan diffuse waktu malam. Waktu diaorang tidur, tak banyak pergerakan, jadi fungsi diffuser tu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Dew Drop Diffuser yang saya gunakan

Cara 2: Buat roller blend

Nak buat roller blend ni kena tahu cara dilution yang selamat untuk semua peringkat umur. Bahan-bahan yang diperlukan pula ialah roller bottle dan carrier oil.

Contoh Roller bottle yang saya guna


Roller bottle kalau nak senang, boleh beli di www.craftiviti.com. Ni supplier dari Malaysia. Kalau nak walk in pun boleh.

Carrier oil pula boleh dapat di Aeon Mall. Carrier oil tu apa? Carrier oil ialah minyak lain selain essential oil seperti minyak kelapa dara, minyak zaitu, minyak jojoba, rosehip, grape seed dan sebagainya. Carrier oil yang banyak terdapat di pasar raya ialah minyak kelapa dara dan minyak zaitun.

Contoh carrier oil

Minyak Jojoba, grape seed, rosehip pula kebiasaannya saya beli dari www.iherb.com secara online sebab ni adalah website dari US. Kebanyakan barang yang dijual di sini berkualiti tinggi dan harganya jauh lebih murah berbanding kedai-kedai di Malaysia.

Boleh rujuk gambarajah di atas untuk dilution yang selamat untuk semua peringkat umur.
(Maklumat lanjut tentang dilution boleh tanya saya: 013-7751357)

Contoh Kes Keberkesanan RC Essential Oil





Thursday, July 19, 2018

Apa itu Essential Oil atau Minyak Pati?

Essential Oil ialah..

Essential oil atau dalam Bahasa melayunya dikenali sebagai minyak pati merupakan ekstrak semulajadi dari tumbuhan.

Essential oil dari tumbuhan boleh ditemui dalam akar, bunga, kulit, batang, daun dan bahagian lain tumbuhan. Essential oil diektrak dari tumbuhan menggunakan kaedah “Steam Distillation” atau “Cold Pressed”.


Essential oil vs Carrier oil

Disebabkan Essential oil adalah ekstrak sesuatu tumbuhan, maka sifatnya adalah sangat pekat dan perlu dilarutkan menggunakan carrier oil. Contoh carrier oil adalah seperti:
Minyak kelapa dara
Minyak zaitun
Grapeseed oil
Jojoba oil
Rosehip seed oil


Essential oil sangat “berkuasa” dan dengan mencampurkan essential oil dengan carrier oil, fungsi dan keberkesanan sesuatu essential oil masih lagi sangat hebat.

Menurut kajian, Essential oil hanya mengambil masa 22 saat untuk sampai ke otak, 2 minit untuk meresap masuk ke dalam salur darah, manakala kesannya dapat dilihat pada keseluruhan anggota badan dalam masa 20 minit.

Apakah jenama Essential oil yang saya pilih?

Baru sahaja 3 bulan saya berjinak-jinak menggunakan Essential oil dan saya memilih untuk menggunakan Young Living Essential Oil. 

Disebabkan molekul Essential oil yang sangat halus, pemilihan jenama essential adalah sangat penting. Kita menggunakan essential oil untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik tetapi jika tersilap memilih jenama terbaik, bukan sahaja kesihatan kita akan terjejas, malah boleh mengancam nyawa.

Premium Starter Kit (PSK) Young Living

Saya bermula dengan membeli PSK Young Living. Satu set PSK berharga RM 713. 

Kedengaran agak mahal pada mulanya dan berkira-kira untuk membeli. Namun setelah melihat keberkesanannya terhadap anak-anak dan diri saya sendiri, pejam mata jugalah melabur ke arah kesihatan yang lebih baik. 

Lagipun, jika dikira lebih teliti, membeli PSK adalah lebih baik dan jimat berbanding membeli satu-persatu essential oil yang diminati. Ya, jimat RM 764!


Apa ada dalam PSK Young Living?

Terdapat 13 jenis essential oil di dalam PSK iaitu:
Lavender (2 botol)
Lemon (2 botol)
Peppermint
Frankincense
Copaiba
R.C
Stress Away
Panaway
Digize
Purification
Thieves
Selain Essential Oil, PSK juga didatangkan dengan Dew Drop Diffuser. Kebaikan diffuser ni akan saya ceritakan dalam entri lain.
Beberapa barangan lain turut terdapat dalam PSK ialah:
-Ningxia Red (2x)
- Aromaglide roller fitment
- 10 botol sample
- 10 sample business card
- 10 sample essential oil

Sunday, July 15, 2018

Tempat Makan Best Kluang|Lontong Darat Kluang, Johor

Salah satu antara tempat makan especially untuk sarapan pagi yang patut korang cuba. Lokasi kedai seperti alamat di bawah tapi gambar ni merupakan kedai lama dia. 

Almaklumlah, waktu pergi sini kedainya masih di lokasi lama, lepas tu lambat update kat blog. Baru-baru ni kitaorang pergi lagi kedai tu tapi lokasi dah berpindah ke kawasan tanah lapang betul-betul bersebelahan dengan kedai lama dia. Tak ambil gambar pulak!




Lontong darat merupakan antara makanan terkenal di Johor.

Kenapa dipanggil Lontong Darat? Sebab lontong yang biasa tu berkuah. Lontong yang ni tak berkuah, makan dengan lauk yang kering. Sebab tu dipanggil Lontong Darat. Darat kan kering.. haha

Waktu pagi memang kedai ni penuh. Sebab tu dia berpindah ke kawasan baru yang lebih lapang dan selesa.

Inilah rupa Lontong Darat. Korang boleh pilih nak makan dengan lauk apa-apa pun. Tapi lauk yang ni memang sinonim/standard dengan Lontong Darat-> Sambal kacang, serunding, sayur goreng dan ayam masak merah

Cik Lan pilih untuk tambah telur mata

Waktu ni baru sampai dari Shah Alam dan tak sempat balik rumah dulu Cik Lan dah ajak sarapan sini.

Muka happy dapat makan Lontong Darat. Actually Cik Lan tahu kedai ni dari kawan pejabat dia, Dr Sulaiman. Sebagai peminat tegar Lontong Darat ni, Dr Sulaiman mesti akan singgah kalau datang Kluang.
                                 
Misi Cik Lan untuk men'jealous' kan Dr Sulaiman berjaya! Haha

Saturday, July 14, 2018

Awana Sky Way Cable Car Genting Highlands

Sekali sekala ke Genting Highlands menaiki kereta kabel agak menyeronokkan. Pertama, tak perlu lalu jalan yang bengkak bengkok. Kedua, dapat tengok pemandangan sekeliling dari aras tinggi. Fuh, saujana mata memandang.

Macam biasalah, orang yang paling excited nak naik cable car ialah Kak Mia. Dia tak gayat pun.

Waktu kami pergi ni agak ramai orang sebab datang waktu weekend. Kali ni pergi dengan Iwan dan Lin juga. Si kecik Daniel first time datang sini.

Pekerja cable car sentiasa ada untuk membantu

Naik cable car Genting Highlands rasa selamat sikit berbanding cable car Langkawi tu. Mungkin sebab yang ni tak terlalu tinggi dan jarak dari satu check point ke check point lain tak terlalu jauh. Kalau yang Langkawi tu tak payah cakap la. Rasa dapat naik sekali cukuplah, taubat tak nak naik lagi. Haha

Boleh baca tentang cable car Langkawi DISINI

Muka Lin takut ke? Haha

Waktu datang ni Genting Highlands masih lagi develop theme park yang baru. 

Pemandangan dari atas

Hai Daniel! Introducing my second child

Kita sampai terus pergi GPO. Ni kali kedua datang GPO. Boleh baca info tentang GPO DISINI: Bacaan lanjut

First time Daniel datang sini. Rasanya waktu ni dia baru 4 bulan

Sweet couple!

Sebelum balik sempat minum di San Francisco Coffee


Tunggu turn untuk turun


Pemandangan Genting Highlands waktu malam



Oklah sekali sekala nak merasa naik cable car. Tapi kalau nak cepat dan tak suka beratur lama, drive jelah sampai atas. Haha

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno