Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, October 8, 2018

Tempat Makan Best di Pulau Pinang|Kari Sembilang Pak Wan, Jalan Kuala Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang

Pulau Pinang sangat terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik terutamanya Nasi Kandar yang menjadi 'trade mark' negeri tersebut. Antara nasi kandar yang pernah kami cuba ialah Restoran Rafi Nasi Kandar, Nasi Kandar beratur, Kayu Nasi Kandar, Restoran Deen Nasi Kandar dan Restoran Hameediyah Nasi Kandar.

Kali ini kami berkongsi satu lagi tempat makan yang best di Pulau Pinang iaitu Kari Sembilang Pak Wan, kedai makan biasa tapi BUKAN berasaskan Nasi Kandar yang terbaik pernah kami cuba. Kedai makan ni terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Boleh dikatakan ada beberapa tempat gerai makan menarik di Balik Pulau, Pulau Pinang yang menyajikan kari ikan atau kari kepala ikan. Yang bestnya, kari di sini adalah style masakan ala melayu Balik Pulau, Pulau Pinang, Agak beza sedikit rasanya dengan kari Mamak.



Lokasi Kari Sembilang Pak Wan

Alamat:
Pasar Nelayan Kuala Jalan bharu, 
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Facebook: Pak Wan Kari Sembilang Kuala Jalan Bharu


Gerai makan Kari Sembilang Pak Wan ni terletak berhampiran di muara Kuala Sungai Kongsi. Gerai ni juga terletak di kawasan pengkalan bot-bot nelayan. Mungkin sebab itu juga, gerai ni sentiasa dipenuhi pelanggan dari luar atau kawasan sekitar kerana sajian kari ikan segar dari laut.

 Peta lokasi...

Tempat Makan Best di Pulau Pinang|Kari Sembilang Pak Wan, Jalan Kuala Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang

Sebarang pertanyaan berkaitan waktu operasi restoran ini boleh hubungi
019-5165 221 (Pak Wan) atau 017-4250 605 (Dee)

Menu Pilihan Kami di Kari Sembilang Pak Wan

Terdapat pelbagai jenis pilihan kari di sini namun kami hanya memilih isi kari ikan jenahak dan kari ikan sembilang. 

Walaupun Pulau Pinang terkenal dengan kari nasi kandar, namun Kari Sembilang Pak Wan ini mempunyai rasa yang berbeza dari kebiasaan kari nasi kandar. Sangat best!...Paduan rasa rempah kari beserta daun karinya serta bau kari yang harum...kari ni kami berikan nama sebagai kari kampung (masakan style melayu). Kuah karinya kurang pekat serta aromanya yang wangi serta santan yang sedikit...Memang layan kuah kari ni...hehehe

 ~ Kari ikan jenahak ~

 ~ Kari ikan sembilang ~

Tempat Makan Best di Pulau Pinang|Kari Sembilang Pak Wan, Jalan Kuala Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang
 ~ Ikan sembilang goreng ~

Ikan Sembilang gorengnya sangat rangup dan terasa rempah yang menyalutinya. Dicicah dengan sambal kicap hirisan bawang pula tu..Memang terbaik! Superb!!


Kuah kari tambah.....wajib oerder jika makan di sini...hirupan kuah kari ikan yang superb...hehehe

Tempat Makan Best di Pulau Pinang|Kari Sembilang Pak Wan, Jalan Kuala Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang
Family sebelah suami. Masing-masing dah tak sabar nak menjamu selera

Kedai ni tutup pukul 3 petang. Jadi kalau nak datang sini, sila plan masa baik-baik ye..

P/s: Budak botak main kucing. Daniel 1 tahun 5 bulan @ Kari Sembilang Pak Wan, Balik Pulau, Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno