Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, July 14, 2018

Awana Sky Way Cable Car Genting Highlands

Sekali sekala ke Genting Highlands menaiki kereta kabel agak menyeronokkan. Pertama, tak perlu lalu jalan yang bengkak bengkok. Kedua, dapat tengok pemandangan sekeliling dari aras tinggi. Fuh, saujana mata memandang.

Macam biasalah, orang yang paling excited nak naik cable car ialah Kak Mia. Dia tak gayat pun.

Waktu kami pergi ni agak ramai orang sebab datang waktu weekend. Kali ni pergi dengan Iwan dan Lin juga. Si kecik Daniel first time datang sini.

Pekerja cable car sentiasa ada untuk membantu

Naik cable car Genting Highlands rasa selamat sikit berbanding cable car Langkawi tu. Mungkin sebab yang ni tak terlalu tinggi dan jarak dari satu check point ke check point lain tak terlalu jauh. Kalau yang Langkawi tu tak payah cakap la. Rasa dapat naik sekali cukuplah, taubat tak nak naik lagi. Haha

Boleh baca tentang cable car Langkawi DISINI

Muka Lin takut ke? Haha

Waktu datang ni Genting Highlands masih lagi develop theme park yang baru. 

Pemandangan dari atas

Hai Daniel! Introducing my second child

Kita sampai terus pergi GPO. Ni kali kedua datang GPO. Boleh baca info tentang GPO DISINI: Bacaan lanjut

First time Daniel datang sini. Rasanya waktu ni dia baru 4 bulan

Sweet couple!

Sebelum balik sempat minum di San Francisco Coffee


Tunggu turn untuk turun


Pemandangan Genting Highlands waktu malam



Oklah sekali sekala nak merasa naik cable car. Tapi kalau nak cepat dan tak suka beratur lama, drive jelah sampai atas. Haha

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno