Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, July 15, 2018

Tempat Makan Best Kluang|Lontong Darat Kluang, Johor

Salah satu antara tempat makan especially untuk sarapan pagi yang patut korang cuba. Lokasi kedai seperti alamat di bawah tapi gambar ni merupakan kedai lama dia. 

Almaklumlah, waktu pergi sini kedainya masih di lokasi lama, lepas tu lambat update kat blog. Baru-baru ni kitaorang pergi lagi kedai tu tapi lokasi dah berpindah ke kawasan tanah lapang betul-betul bersebelahan dengan kedai lama dia. Tak ambil gambar pulak!




Lontong darat merupakan antara makanan terkenal di Johor.

Kenapa dipanggil Lontong Darat? Sebab lontong yang biasa tu berkuah. Lontong yang ni tak berkuah, makan dengan lauk yang kering. Sebab tu dipanggil Lontong Darat. Darat kan kering.. haha

Waktu pagi memang kedai ni penuh. Sebab tu dia berpindah ke kawasan baru yang lebih lapang dan selesa.

Inilah rupa Lontong Darat. Korang boleh pilih nak makan dengan lauk apa-apa pun. Tapi lauk yang ni memang sinonim/standard dengan Lontong Darat-> Sambal kacang, serunding, sayur goreng dan ayam masak merah

Cik Lan pilih untuk tambah telur mata

Waktu ni baru sampai dari Shah Alam dan tak sempat balik rumah dulu Cik Lan dah ajak sarapan sini.

Muka happy dapat makan Lontong Darat. Actually Cik Lan tahu kedai ni dari kawan pejabat dia, Dr Sulaiman. Sebagai peminat tegar Lontong Darat ni, Dr Sulaiman mesti akan singgah kalau datang Kluang.
                                 
Misi Cik Lan untuk men'jealous' kan Dr Sulaiman berjaya! Haha

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno