Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, July 19, 2018

Apa itu Essential Oil atau Minyak Pati?

Essential Oil ialah..

Essential oil atau dalam Bahasa melayunya dikenali sebagai minyak pati merupakan ekstrak semulajadi dari tumbuhan.

Essential oil dari tumbuhan boleh ditemui dalam akar, bunga, kulit, batang, daun dan bahagian lain tumbuhan. Essential oil diektrak dari tumbuhan menggunakan kaedah “Steam Distillation” atau “Cold Pressed”.


Essential oil vs Carrier oil

Disebabkan Essential oil adalah ekstrak sesuatu tumbuhan, maka sifatnya adalah sangat pekat dan perlu dilarutkan menggunakan carrier oil. Contoh carrier oil adalah seperti:
Minyak kelapa dara
Minyak zaitun
Grapeseed oil
Jojoba oil
Rosehip seed oil


Essential oil sangat “berkuasa” dan dengan mencampurkan essential oil dengan carrier oil, fungsi dan keberkesanan sesuatu essential oil masih lagi sangat hebat.

Menurut kajian, Essential oil hanya mengambil masa 22 saat untuk sampai ke otak, 2 minit untuk meresap masuk ke dalam salur darah, manakala kesannya dapat dilihat pada keseluruhan anggota badan dalam masa 20 minit.

Apakah jenama Essential oil yang saya pilih?

Baru sahaja 3 bulan saya berjinak-jinak menggunakan Essential oil dan saya memilih untuk menggunakan Young Living Essential Oil. 

Disebabkan molekul Essential oil yang sangat halus, pemilihan jenama essential adalah sangat penting. Kita menggunakan essential oil untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik tetapi jika tersilap memilih jenama terbaik, bukan sahaja kesihatan kita akan terjejas, malah boleh mengancam nyawa.

Premium Starter Kit (PSK) Young Living

Saya bermula dengan membeli PSK Young Living. Satu set PSK berharga RM 713. 

Kedengaran agak mahal pada mulanya dan berkira-kira untuk membeli. Namun setelah melihat keberkesanannya terhadap anak-anak dan diri saya sendiri, pejam mata jugalah melabur ke arah kesihatan yang lebih baik. 

Lagipun, jika dikira lebih teliti, membeli PSK adalah lebih baik dan jimat berbanding membeli satu-persatu essential oil yang diminati. Ya, jimat RM 764!


Apa ada dalam PSK Young Living?

Terdapat 13 jenis essential oil di dalam PSK iaitu:
Lavender (2 botol)
Lemon (2 botol)
Peppermint
Frankincense
Copaiba
R.C
Stress Away
Panaway
Digize
Purification
Thieves
Selain Essential Oil, PSK juga didatangkan dengan Dew Drop Diffuser. Kebaikan diffuser ni akan saya ceritakan dalam entri lain.
Beberapa barangan lain turut terdapat dalam PSK ialah:
-Ningxia Red (2x)
- Aromaglide roller fitment
- 10 botol sample
- 10 sample business card
- 10 sample essential oil

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno