Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, September 25, 2018

Kegunaan Young Living RC Essential Oil untuk Melegakan Batuk dan Selsema Bayi, Kanak-kanak dan Dewasa

Selsema dan batuk merupakan antara penyakit yang sering menyerang kita tanpa mengenal usia. Daniel sewaktu dalam pantang pun dah diserang selsema. Bila jumpa doktor, jawapannya mudah sahaja; tiada ubat selsema/batuk diberikan untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun. Jika dia menyusu badan, beri susu badan sekerap mungkin.

Sejak itu, saya mula mencari natural remedy atau senang kata cara alternatif untuk menyembuhkan selsema secara semula jadi menggunakan bahan-bahan yang selamat. Antara petua orang tua yang saya jumpa ialah menyapukan kunyit di batang hidung. Insya Allah selsema akan kering dengan cepat.

Emm, sapu jugalah sikit-sikit tapi Cik Lan tak suka sangat sebab kesan kunyit tu kalau terkena bantal or selimut susah nak dihilangkan. Almaklumlah, suami I pembersih sangat, ok! Haha.

So, sejak tu saya cuba cari cara lain untuk cepatkan proses penyembuhan selsema atau batuk tapi kebanyakannya memerlukan penyediaan yang pada saya agak leceh. Nampak tak mama malas? Kihkih.

One day kawan kat office perkenalkan essential oil atau biasa orang panggil EO. Dia buatkan saya roller blend yang menggunakan EO RC. Alhamdulillah serasi dan cara nak guna pun senang je. Sejak tulah saya mula guna EO dan akhirnya jatuh cinta pulak!


Apa itu RC Essential Oil?

Setiap essential oil atau minyak pati mempunyai fungsi yang berbeza-beza bergantung kepada jenis essential oil yang digunakan. R.C merupakan antara essential oil yang terdapat di dalam Premium Starter Kit (PSK).

RC merupakan campuran beberapa jenis Essential Oil iaitu:
- Eucalyptus Globulus
- Eucalyptus Radiata
- Eucalyptus Citriodora
-Myrtle
- Spruce
- Peppermint
- Lavender
-Marjoram
-Cypress

Kegunaan Essential Oil @ Minyak Pati RC Young Living 

Secara amnya, RC digunakan untuk perkara/permasalahan berkaitan dengan pernafasan.

1) Melegakan batuk dan selsema
2) Mengurangkan kerengsaan sinus dan bronchitis
3) Melegakan sakit tekak
4) Mengurangkan kahak dan mukus
5) Membantu meredakan jangkitan kuman di paru-paru

Ingat ya, ini hanya cara alternatif sahaja dan tidak dijamin mampu menyembuhkan penyakit-penyakit di atas. Kita hanya ikhtiar je, yang menyembuhkan hanyalah Allah. Jika telah berusaha dan penyakit masih berlarutan, sila jumpa doktor dengan segera. Mungkin ianya buka batuk atau selsema biasa!

Cara Menggunakan Essential Oil @ Minyak Pati RC Young Living 

Cara 1: Diffuse

Titiskan 3-5 titik RC EO ke dalam diffuser. Saya guna Dew Drop Diffuser, tahan 4 jam tanpa henti. Biasanya kalau Damia or Daniel selsema, saya akan diffuse waktu malam. Waktu diaorang tidur, tak banyak pergerakan, jadi fungsi diffuser tu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Dew Drop Diffuser yang saya gunakan

Cara 2: Buat roller blend

Nak buat roller blend ni kena tahu cara dilution yang selamat untuk semua peringkat umur. Bahan-bahan yang diperlukan pula ialah roller bottle dan carrier oil.

Contoh Roller bottle yang saya guna


Roller bottle kalau nak senang, boleh beli di www.craftiviti.com. Ni supplier dari Malaysia. Kalau nak walk in pun boleh.

Carrier oil pula boleh dapat di Aeon Mall. Carrier oil tu apa? Carrier oil ialah minyak lain selain essential oil seperti minyak kelapa dara, minyak zaitu, minyak jojoba, rosehip, grape seed dan sebagainya. Carrier oil yang banyak terdapat di pasar raya ialah minyak kelapa dara dan minyak zaitun.

Contoh carrier oil

Minyak Jojoba, grape seed, rosehip pula kebiasaannya saya beli dari www.iherb.com secara online sebab ni adalah website dari US. Kebanyakan barang yang dijual di sini berkualiti tinggi dan harganya jauh lebih murah berbanding kedai-kedai di Malaysia.

Boleh rujuk gambarajah di atas untuk dilution yang selamat untuk semua peringkat umur.
(Maklumat lanjut tentang dilution boleh tanya saya: 013-7751357)

Contoh Kes Keberkesanan RC Essential Oil





© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno